ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Thursday, October 28, 2010

KEMBALIKAN

Kembalikan urusan makruf
ke rumah insan teguh
kembalikan urusan setia
ke rumah insan ingkar
tiupkan fikir sedar dalam tidur panjang bangsa
tiupkan niat sepakat
dalam hasad berabad
tanamkan perpaduan ummah ladang amanah
suburkan semangat kepimpinan pelabuhan ikhlas
gantikan lidah hina
imankan ajaran mulia
ubati pesakit bidaah
aminkan amal sunnah

SEMANGKUK DERITA- KHADIJAH HASHIM

Sesekali dihidangkan semangkuk derita
hirisan hati berkuahkan airmata
walau sukar ditelan
jua perencah biasa juadah musim duka
sengsara menghakis semangat kental
cuma yang berakal bangkit cengkal
baru diberi sedikit ketakutan
seluruh makhluk cemas
bertempiaran menggelepar
seperti ikan tercampak ke darat
setakat tsunami belum kiamat lagi

GURINDAM ANAK TERBUANG

Duhai ibu
pandang mataku
cium pipipku
susui daku
peluklah daku
belai manjalah daku

Duhai ayah
genggam tanganku
dengar tangisku
azankan daku

Ibu sambung nafasku
berilah daku mendoakan kamu
Ayah bantulah tubuhku
berilah daku
menyambung zuriatmu.

ANAK DUNIA- KHADIJAH HASHIM

Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan letupan yang dahsyat
langit merah yang terbakar
hujan peluru yang menderu
tangisan yang bergema bersama runtuhan batu
beratus tahun membina tamadun
sekelip mata menjadi debu
murahnya harga
setiap nyawa

SEMINAR ENEGRY EFFICIENCY DI SUNWAY CONVENTION CENTER

Sunday, October 10, 2010

SAJAK RUMAH TERBUKA IDILFITRI

Di sini
di rumah terbuka idilfitri
kunjung-mengunjungi
ziarah-menziarahi
menjadi amalan tradisi
tempat melepas lelah
bimbang dan resah
membuang segala masalah
melempar debu-debu persoalan
meredakan segala kekusustan
kesibukan pejabat


Di sini
terpapar kesepakatan
terjalin kehidupan yang rukun
terpamer semangat kerjasama
tercerna pelbagai budaya
terpana bicara
melengkapi suasana
ramah mesra
unik dan pesona
memperagakan kemurnian nurani
indahnya tolenrasi

Di sini
bukan saja terhidang aneka juadah memikat selera
makan-makan dan sembang-sembang saja
di sini juga persahabatan bertambah karib
persaudaraan mengerat akrab
yang jauh terasa dekat
yang renggang terasa rapat
yang dekat kian erat
terserlah lambang kesatuan dan perpaduan
bertaut silaturahim sejati
menjalin ukhwah suci

Ambil peluang
rebut kesempatan
ruang terbentang
memohon kemaafan
kerana persaudaraan
seperti air dicincang
tak kan putus ia
selamanya.


Ir. Shuhaili bin Che Kob
Jalan Pekeliling, KL