ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Tuesday, January 5, 2010

PERMAINAN CONGKAK

Dulu
kita banyak menghabiskan masa
bermain congkak
di bawah rumah

Kini
anak-anak kita
banyak menghabiskan masa
bermain congkak
di internet komputer

Ir ShuhailiCK

1 MALAYSIA

Melayu adalah kita
Cina adalah kita
Indai adalah kita
semuanya adalah kita
Malaysia ini rumah kita

Ideologi dan fahaman
politik dan perkauman
muda dan tua
baru dan lama
buangkan saja segala prasangka di hati kita
mari kita bina sebuah jambatan mulia
menyederhanakan pengertian semua
buat kita
memacing persefahaman
sama-sama menikmati keharmonian
semeja
sambil membentangkan
peta silaturrahim

Ir shuhailiCK

Monday, January 4, 2010

KETIDAKCEKAPAN PENTADBIRAN

DEFINISI
Ketidakcekapan pentadbiran adalah tingkahlaku pentadbiran yang disfungsi atau menghalang pencapaian matlamat organisasi sehingga mewujudkan keadaan kelam kabut. Salah tadbir berpunca dari ketidakcekapan para pengurus yang tidak tahu bagaimana atau menggalakkan orang lain memotivasikan pekerja, meningkatkan prestasi dan menjimat masa dan sumber lainnya.

TANDA-TANDA PEMIMPIN YANG TIDAK CEKAP
1. Tidak mampu asingkan antara kehidupan peribadi dengan profesional. Masalah peribadi dibawa bersama.
2. Suka mengaibkan orang bawahan
3. Tidak menyokong orang bawahan
4. Berlagak lain di depan Bos
5. Tidak suka menerima kritikan
6. Mewujudkan suasana di mana kesilapan tidak boleh diterima
7. Mengggalakkan pekerja rajin, bukan pekerja pintar
8. Menilai pekerja mengikut jumlah jam yang dikerjakan bukan prestasi
9. Memberi tugas secara sembarangan
10.Merupakan pengurus krisis bukan perancang
11.Mengurangkan jawapan 'Ya' atau 'Tidak' sahaja, tanpa memberikan pemikiran di sebalik cadangannya.

BENTUK KETIDAKCEKAPAN YANG LEBIH TERUK
1.Niat jahat. Pengurus ini sengaja menyebabkan orang bawahannya menderita sehingga sampai kepada saat pemecatan terancang atau meletak jawatan kerana terlalu kecewa.
2.Ketidakcekapan intelektual. Pengurus ini lembap akalnya dan mudah salah faham terhadap orang bawahannya atau proses
3.Gangguan. Pengurus ini suka membuat gangguan, baik ancaman seks atau mewujudkan sekitar kerja yang belot.

TINGKAH LAKU PENTADBIR YANG DISFUNGSI
1. Mementingkan diri sendir sehingga menjejaskan orang bawahannya, pengurus ini suka mengampu Bosnya
2.Tumpuan kepada perkara remeh temeh dengan menggunakan mikropengurusan yang menjijikkan pekerja dengan kepercayaan bahawa pekerja tidak cekap dalam membuat keputusan sendiri
3.Bersikap suka menyendiri dan tidak mengambil kisah terhadap pekerja bawahannya
4.Komunikator yang lemah, tidak pandai menyatakan pendapat dengan jelas
5.Bersifat pengecut : mempunyai pekerja bawahan yang lemah prestasinya tetapi dibiarkan saja kerana takut akan berlaku persengketaan
6.Kecuaian kewajiban. mempunyai pekerja bawahan lemah prestasi tapi memberi penilaian pretasi yang baik agar memudahkan pekerja tersebut untuk dipindahkan ke bahagian lain
7. Suka berahsia. sesetengah maklumat tidak diberikan pada waktunya, suka menyembunyikan maklumat sebagai taktik mengawal orang lain
8. Tumpuan pada rupa dan perkara yang lebih penting diabaikan
9. Tumpuan pada jangka pendek.Menggunakan taktik api padam dan ini mematahkan semangat orang bawahan
10. Keras kepala.Tidak dapat ubah fikirannya dan tidak peka pada keperluan orang bawahannya
11.Jangkaan yang tidak realistik Suka mendesak Orang bawahan dipersalahkan jika jangkaannya tidak dapat dicapai.
12. Ketaktekalan. Tidak menggunakan kriteria-kriteria yang sama pada keadaan-keadaan yang sama.

Sunday, January 3, 2010

ORANG KITA

Orang kita
selalu sangat suka cakap
tapi tak buat
biasanya gemar buat
tapi tak kena tempat
sentiasa asyik sembang dan sembang
tapi tak pernah sumbang
bila pula banyak cakap
selalu disalah anggap
bila banyak beri pandangan
dikatakan menentang
bila banyak beri pendapat
dituduh pengkhianat
bila tegas pertahan pendirian
terus digam
begitulah orang kita.

SUSILA

Dia selamanya adalah sebuah suara yang lembut
menyentuh kasih sayang dan sopan
membina teguh peribadi
mencintai warna jernih, mesra dan ramahtamah
mengusap lagu kesetiaan
tangan menyambut kasih abadi
tidak kan luntur budi
kau isteri
gadis manis
bunga segar susila
maafkan aku
suami yang tak tahu menghargai
erti segalanya

Perpustakaan

Sekali-sekala terasa begitu leper
memasuki ruang berisi ini
sekali-sekala terasa berisi
keluar dari ruang ilmu ini

Wednesday, December 23, 2009

TERPERANGKAP

Si egois
tidak putus
menjual status

Si mahir
pandai bermuka-muka
memerangkap

Tiada bezanya
 mereka terperangkap
dalam kebendaan