ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Tuesday, January 15, 2013

PEMIMPIN


PEMIMPIN (HARAKAH 14-16 DISEMBER 2012)

 

Pemimpin adil pemimpin disembah

pemimpin zalim pemimpin disanggah

pemimpin khianat sepanjang hayat rakyat laknat

pemimpin populis rakyat prejudis

pemimpin mengkayakan keluarga

rakyat curiga

pemimpin cakap tidak cermat

rakyat tidak hormat

pemimpin cakap lepas-lepas

rakyat dengar hati panas

pemimpin suka tabur fitnah

bangsa akan punah

pemimpin amal budaya rasuah

pasti kehidupan akan berpecah belah

pemimpin rosak peribadi dan akhlak

menunggu masa untuk ditolak

pemimpin bermewah bermegah megah

pasti tidak senang rakyat di bawah

pemimpin berjanji dan mungkir

pasti tiba masanya akan disingkir

pemimpin salah guna kuasa

tanda Negara akan binasa

pemimpin akidahya sudah terpesong

tiada lagi rakyat mahu menyokong

pemimpin suka membuka keaiban orang

lambat laun keaiban sendiri pecah tembelang

 

Ingat!

menang tuan kerana undi

menang kerusi

boleh pakai lagi

atau rakyat tolak ke tepi

rakyat tentukan nanti

dalam pilihanraya ini.

 

Shuhaili Che Kob                      Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur

PERLAWANAN


PERLAWANAN (BM 3/1/2010)

 

Di dalam gelanggan itu

aku lihat manusia

melawan manusia

ada juga lembu

melawan lembu

dan manusia melawan lembu

 

Di luar gelanggan pula

dapat kita saksikan

peristiwa sama berulang

manusia melawan manusia

lembu melawan lembu

dan manusia melawan lembu

bilakah sudahnya?

 

Ir Shuhaili Che Kob          Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur

Sunday, July 1, 2012

SAMPAI BILA

Kalau masih tak percaya
sampai bila-bila tak seia sekata
kalau masih ragu meragui
sampai bila-bila tak akan sehati
kalau masih mencari salah
sampai bila-bila tak henti bertelagah
kalau masih tuduh menuduh
sampai bila-bila terus bergaduh
kalau masih berdolak dalik
sampai bila-bila sukar nak berbaik-baik
kalau masih kata mengata
sampai bila-bila tak boleh duduk semeja
kalau masih terus bersengketa
yang ruginya sesama bangsa
kalau masih ada serba tak kena
apa maknanya persaudaraan atas nama sebangsa seagama
kalau sesama sendiri masih dianggap musuh
orang lain menangguk di air keruh.

Mazemie Maz          Sikamat, Seremban

Tuesday, June 19, 2012

DUGAAN TUHAN

Dihantarnya ribut taufan
memusnahkan watan
segalanya ujian Tuhan
kepada pemimpinmu
yang sombong dan bongkak
menipu dengan bicara
bahaya senjata nuklear
Kartina ujian sebenar
seorang presiden yang onar
Ambillah iktibar;
belajar dari kemusnahan taufan
banjir dari langit Tuhan
New Orleans porak-peranda
kematian di mana-mana
kesengsaraan warganya
seperti gersang padang perang
bumi Iraq dan Afghanistan
rakyatnya maut di muncung senapang
bom dan peluru membunuh
tanpa dosa mati sia-sia
Terimalah dugaan Tuhan
sepatutnya menginsafkan
rumah, bangunan dan jambatan
ranap musnah bagai diruntuhkan
kemusnahan dan kegemparan
ini juga mungkin balasan Tuhan
hanya Dia yang menentukan.

AMI MASRA    Subang Jaya
Bunga-bunga kasih yang putih
kitataburkan di pusara
dengan hati segala kasih
bibit-bibit cinta subur terbenih
mengukuhkan persaudaraan jernih
Bukit dan gunung diranapkan
hutan dan rimba menyembah tanah
sungai yang tenang dulupun
kini tersisih lembah
Angin angin mesra dulupun
kini nanar kehilangan arah
Ahhh... abad ini menyaksikan lapis angkasa
makin merongga