Usah berbangga berpakaian jenama termahal
kerana pakaian terakhir adalah kain kafan termurah
Usah berbangga berminyak wangi terharum
kerana bauan terakhir adalah kapur barus menyengatkan
Usah berbangga berkereta canggih paling terbaru
kerana kenderaan terakhir adalah keranda usang berkarat
Usah berbangga berumah besar berperabot mewah
kerana tempat istirehat terakhir adalah kubur nan sempit
Usah berbangga berwajah kacak, cantik dan manis menawan
kerana kecantikan menjadi santapan cacing dan serangga
Usah berbangga memiliki harta karun bertimbun
kerana kekayaan dunia memiskinkan diri di akhirat
Usah berbangga berpangkat besar dan jawatan tinggi menjulang
kerana darjat kebesaran menjadi hina di sisi Allah Yang Esa
Usah berbangga mempunyai anak-anak berjaya
kerana buruk amalnya tidak meringankan bebanan dosa
Usah berbangga bersikap ego, bercakap besar dan takbur
kerana kesombongan tidak melambangkan manusia beriman
Usah berbangga dengan kepalsuan dan tipu daya dunia
kerana kesementaraan segala tidak menjadi kekal di akhirat.
MATTAIB NORDIN Kuala Lumpur-Kucing
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment