Pomen, En Mazlan, ex staf saya dulu masa di TNB Kepong sedang memberi penerangan keselamatan kepada semua TEAM Pasukan Kerja saya sebelum memulakan tugas. Masa bermula mengikut jadual adalah pada jam 10malam sampai 8 pagi. Tetapi kerja dapat dimulakan jam 4 pagi dan selesai jam 12tengahari. 7 jam masa non-aktif (produktif). Mungkin pengurusan atasan perlu melihat semula KPI. Untuk ex bos saya dulu, Datuk Seri Ir. Hj Azman Mohamad (CEO TNB), Datuk Ir. Baharin Din dan semua ex Bos semasa di TNB, terima kasih di atas tunjuk ajar dan nasihat dulu. Doakan kejayaan saya. Tak lupa juga ex Bos Tuan Haji Jani Baba semasa saya menjadi pembantu khas Pengurus Wilayah Selangor ketika itu.
Barisan pekerja sedang fokus dengan penerangan taklimat
Memulakan kerja-kerja senggaraan 33kv (7 Breaker Amston) belah kiri dan 11kv (16 breaker Toprank) belah kanan
No comments:
Post a Comment