ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Tuesday, June 19, 2012

KAU BELUM LAGI DIKATAKA BERANI

Kau belum dikatakan berani
jika sekadar mengharungi lautan api
meredah hutan duri
mendaki gunung salji
membelah awan tinggi
membunuh 1000 gergasi
Kau baru dikatakan berani
bila bisa membunuh
nafsu sendiri
kebinatangan diri
seteru yang tersembunyi
di balik hati

Ehsan Jamily

KEPALSUAN SEGALA

Usah berbangga berpakaian jenama termahal
kerana pakaian terakhir adalah kain kafan termurah
Usah berbangga berminyak wangi terharum
kerana bauan terakhir adalah kapur barus menyengatkan
Usah berbangga berkereta canggih paling terbaru
kerana kenderaan terakhir adalah keranda usang berkarat
Usah berbangga berumah besar berperabot mewah
kerana tempat istirehat terakhir adalah kubur nan sempit
Usah berbangga berwajah kacak, cantik dan manis menawan
kerana kecantikan menjadi santapan cacing dan serangga
Usah berbangga memiliki harta karun bertimbun
kerana kekayaan dunia memiskinkan diri di akhirat
Usah berbangga berpangkat besar dan jawatan tinggi menjulang
kerana darjat kebesaran menjadi hina di sisi Allah Yang Esa
Usah berbangga mempunyai anak-anak berjaya
kerana buruk amalnya tidak meringankan bebanan dosa
Usah berbangga bersikap ego, bercakap besar dan takbur
kerana kesombongan tidak melambangkan manusia beriman
Usah berbangga dengan kepalsuan dan tipu daya dunia
kerana kesementaraan segala tidak menjadi kekal di akhirat.

MATTAIB NORDIN       Kuala Lumpur-Kucing

PINTU

Buka pintu iman
rohani jadi aman
Buka pintu hati
jiwa tenang suci
Buka pintu taubat
selamat dunia akhirat
Buka pintu minda
dunia luas teroka
Tertutup saja pintu itu
segala-galanya jadi buntu
lidah tergeliat selalu
minda genjot kaku
gelaplah kalbu
teraba-raba arah tak menentu
Ditutup jangan pintu syahdu
kedaifan menjadikan kita pengembara keliru
ketika menyosong alur waktu.
Peter Agustine Goh       Singarope

Tuesday, September 27, 2011

Earth Hour 2012 Official Video



SAVE THE EARTH, SAVE THE WORLD, SAVE THE PLANET. WHAT'S YOUR CONTRIBUTION? FOR LIFE, TO LIVE.

Thursday, April 28, 2011

TANPA

Tanpa ilmu
hidup mudah ditipu

Tanpa harta
hidup akan menderita

Tanpa rokok
hidup tiada batuk

Tanpa rasuah
hidup jadi indah

Tanpa akhlak
hidup akan rosak

Tanpa cinta
hidup sepi sentiasa

Tanpa iman
hidup tak keruan

Tanpa solat
hidup boleh sesat

PENA MUTIARA
Taman Keramat Permai, KL

YANG PASTI

Dalam gelap
semua orang mengharap

Dalam terang
ramai suka temberang

Dalam jujur
ada yang cakap takbur

Dalam dusta
ada yang berhati mulia

Dalam cantik
tak semua menarik

Dalam hodoh
tak semua bodoh

Yang pasti
yang hidup akan mati

Ahmad Sabki Mohd Tahir
Kuala Kurau, Perak