ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Tuesday, January 15, 2013

KRISIS KEPIMPINAN MASA KINI DI MALAYSIA


 

(KRISIS KEPIMPINAN)

ETIKA DAN POLITIK KEPIMPINAN

-Senerio Politik Masa Kini satu pemerhatian dan analisa dari kacamata profesional

 

________________________________________________________________________

 

 

PENGENALAN

 

Pemimpin yang boleh membina masa depan bangsa, agama dan negara amat diperlukan. Melahirkan pemimpin yang terlatih sahaja belum cukup untuk menangani masa depan masyarakat dan negara. Pemimpin tersebut setelah dilatih dalam pelbagai aspek seperti pengurusan, kepimpinan, psikologi, kaunseling, pengembangan, aktiviti sosial, agama perbandingan dan pembangunan insan bagi membolehkan mereka menangani sindrom organisasi bisu dan lesu, gejala sosial dan segala macam penyakit masyarakat mengancam kemakmuran negara, perlu dan wajar mempunyai agenda bertindak dan fokus perjuangan yang jelas.

 

Memperkatakan masalah kepimpinan adalah proses kesinambungan membina sebuah watan atau tamadun. Bermakna kita membicarakan soal penghidupan dan kualiti sebuah generasi yang akan melanjutkan usaha menyambung perjuangan oleh generasi selanjutnya.

 

Kepimpinan merupakan suatu aspek menentukan corak dan hala tuju sesebuah pembangunan sama ada pembangunan itu melibatkan dimensi sosial, ekonomi, politik mahupun budaya. Kejelasan terhadap erti kepimpinan dan implikasinya kepada pembinaan sesebuah generasi akan menentukan martabat, harakat dan maruah sesebuah bangsa yang bertamadun.

 

Merebaknya wabak kepimpinan yang tercabut akal budi dan ketinggian akhlak memperlihatkan senario dunia sudah merebak ke peringkat akar umbi. Jiwa wibawa kepimpinan telah tercemar oleh jegala jelik membunuh keyakinan generasi akan datang terhadap perjuangan kepimpinan masa kini. Membicarakan soal kepimpinan, kita membicarakan juga soal keyakinan generasi mendatang terhadap kepimpinan kini.

 

 

Satu analisa terhadap senario semasa dibuat untuk lebih memahami dan menghargai kenapa anjakan dan lonjakan besar dalam hala tuju kepimpinan perlu dilakukan. Segala kebejatan dan kepincangan kepimpinan yang terampil buat masa kini dalam pelbagai lapangan, lapisan dan kelompok masyarakat sama ada golongan teknokrat atau birokrat, ahli politik atau ahli profesional, golongan cendikiawan atau kelompok penulis, lapisan akar umbi mahupun di kalangan strata masyarakat pelajar sedang dipaparkan dengan situasi yang amat membimbangkan.

 

DEFINISI PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN

 

Kepimpinan mempunyai tafsiran berlainan bila didefinisikan oleh golongan tertentu. Mengikut teori KAI + ZEN (CHANGE + GOOD), kepimpinan adalah kesenian yang dapat merealisasikan aspirasi segolongan melalui proses komunikasi, pengagihan kerja, pengubasuaian keadaan sampai tercapainya matlamat. Justeru itu, pemimpin memain peranan sebagai jurulatih, kaunselor, pendidik, penggerak, pengurus, memberi peluang yang cukup komprehensif untuk seseorang pekerja memain peranan sampai menjadi seorang pemimpin yang cukup berkeyakinan, bertoleransi, berwawasan dan berstrategik.

 

Pemimpin dan kepimpinan memainkan peranan penting dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Kelangsungan orgnasasi dan keunggulan masyarakat dipengaruhi oleh kewibawaan pemimpin dan kecekapan mereka menjalankan peranan masing-masing. Ketrampilan dan kepimpinan bukanlah sesuatu yang lahir secara semulajadi. Pemimpin perlu dididik, dirangsang dan didoakan agar dapat menyerlahkan kemampuan sebenar sebagai pemimpin..

 

PERANAN PEMIMPIN

1. MERANCANG

2. MENGURUS

3. MEMIMPIN

4. MENGAWAL DAN MENILAI

5. MENYELIA

6. MENGHUBUNG

7. MENGGERAK

8. MODEL

9. MENDENGAR DAN MEMBANTU

10. MENASIHAT

11. MEMBERI KAUNSELING

12. MENGIKUT

13. MENDOAKAN

 

CIRI-CIRI KEPIMPINAN

1. BERILMU

2. ADIL

3. BERKEMAMPUAN

4. BERSAHSIAH PEMIMPIN

5. JUJUR

6. SABAR

7. MERENDAH DIRI DAN BERZUHUD

8. MENJAGA MASA

9. BERTANGGUNGJAWAB

10. BERDISIPLIN DAN BERETIKA

11. PATUH

12. BERPUAS HATI DAN BERSYUKUR

13. SEDIA MEMAAFKAN ORANG LAIN

14. SUKA MELINDUNGI PIHAK YANG LEMAH

15. PEMURAH

16. MENGHORMATI AGAMA, ULAMA DAN GURU-GURU

17. TIDAK SOMBONG

18. SEDIA MENERIMA TEGURAN

19. BERSEMANGAT KUMPULAN

20. MENGHARGAI DAN MENGHORMATI KAWAN

21. PANDAI IMBANGAN KUASA DAN PENGARUH

22. SAYANG PADA ORANG YANG DIPIMPIN

23. BERHIKMAH ATAU BERDIPLOMATIK

24. TEGAS DAN MEMPUNYAI AZAM YANG KENTAL

25. MEMPUNYAI MISI DAN VISI, WAWASAN JELAS

26. PANDAI MENERAJUI PERUBAHAN

27. PEKA KEPADA KEADAAN PERSEKITARAN

28. BIJAK DAN BERANI MEM BUAT KEPUTUSAN

29. PINTAR BERKOMUNIKASI

30. BERILTIZAM DAN CEKAL

31. BERPANDUKAN IMAN DAN TAQWA

 

FUNGSI PEMIMPIN

1.

 

 

 

ADAKAH GELAGAT POLITIK YANG DIAMBIL OLEH PEMIMPIN BERETIKA?

SOALAN PERTAMA

Adakah tindakan pemimpin politik didorong untuk memenuhi kepentingan peribadi melebihi kepentingan organisasi?

SOALAN KEDUA

Adakah tindakan pemimpin politik menghormati hak individu yang lain?

SOALAN KETIGA

Adakah aktiviti pemimpin politik adil dan saksama?

 

Kita sedang berhadapan pelbagai cabaran kepimpinan yang menunjukkan tanda-tanda bahawa kepimpinan yang boleh dicontohi amat terbatas.

Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini bagi mengutarakan kebimbangan dengan isu-isu semasa yang nampak kian parah kecelaruannya. Dari pemerhatian profesional, Retak sudah menunggu Belah. Sebagai seorang profesional, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu demi untuk melihat bangsa kita, bangsa Melayu maju ke depan dengan masa depan yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bukan Terbuang.

 

Baiklah, mungkin ramai tertanya-tanya kenapa saya mulai penulisan saya ini dengan persoalan. Satu, dua dan tiga soalan seperti di atas. Kenapa saya mengutarakan tiga persoalan utama di atas? Kerana pada hemat saya, ketiga-tiga persoalan di atas merupakan persoalan asas yang saya yakin setiap persoalan itu sudah pasti ada jawapan dalam diri setiap pemimpin yang telah melibatkan diri dalam dunia politik kerana anda lebih arif tentang berpolitik atau main politik.

 

Saya juga pasti, anda sebagai pemimpin sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan berpolitik, pertamanya anda sebagai pemimpin politik patut dan sudah berfikir dengan serius sama ada keputusan dibuat tersebut sejajar atau tidak dengan matlamat organisasi. Kedua, memikirkan juga hak-hak pihak lain yang mungkin akan menerima kesan secara langsung atau tidak langsung dari keputusan yang telah dilakukan. Ketiga, pemimpin jug patut bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada tindakan mereka itu mengikut piawai keadilan dan kesaksamaan sejagat.

 

Kita sudah semua maklum, melibatkan diri dalam politik masa kini, bukan lagi satu profesion untuk bermewah megah dan bergaya tetapi lebih kepada tanggungjawab. Organisasi tempat anda berkhidmat sebagai ahli politik merupakan medan bagi pelbagai pihak memenuhi tuntutan, desakan dan kehendak. Maka, anda sebagai pemimpin politik tidak dapat lari daripada berhadapan dengan persoalan gelagat politik pelbagai pihak untuk memastikan agenda mereka berjaya diperolehi dengan apa cara sekalipun.

 

Anda sebagai pemimpin politik sedar akan gelagat politik subordinat dalam menangani pelbagai gelagat dalam memenuhi tuntutan mereka tidak semua mampu dipenuhi atau ditunaikan. Justeru itu, anda perlu pastikan gelagat politik mereka dilakukan secara positif dan berhemah. Setiap pertimbangan keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip moral dan etika. Pemimpin perlu mempunyai nilai kematangan fikiran dalam menggunakan kuasa supaya ia dilaksanakan dengan penuh beretika. Pemimpin juga perlu berwaspada kerana terdapat agenda yang tersembunyi atau motif politik di kalangan ahli terhadap sebarang keputusan yang telah diperkenalkan dengan memastikan ia selari dengan pembentukan polisi dan prosedur disiplin organisasi.

 

CADANGAN MENANGANI GELAGAT POLITIK

1.                  Prosedur membuat keputusan lebih terbuka, telus dan tepat untuk mengelakkan     keraguan umum. Pihak yang berkepentingan perlu diberi peluang menilai aktiviti     kepimpinan dan kesannya kepada mereka.

2.                  Meningkatkan kesedaran umum supaya pemimpin lebih bertanggungjawab bukan sahaja kepada diri sendiri malah kepada semua aspek termasuk mengelak daripada      melakukan tindakan yang tidak selari dengan tuntutan etika seperti berbohong,          menipu, mencuri, menerima dan memberi rasuah, mengeksploitasi subordinat,             memanipulasi dan bercakap tidak sama bikin.

3.                  Memperkenalkan asas-asas etika dengan mempraktikkan program-program latihan kepimpinan terutama kepimpinan Islam, mengamalkannya dalam setiap fungsi      organisasi dan lain-lain lagi.

4.                  Hak-hak subordinat perlu diberi perhatian seperti pembayaran gaji yang adil,          kebebasan untuk bersuara dan hak dalam keadilan.

5.                  Perlaksanaan tindakan disiplin yang tidak konsisten akan mewujudkan hilang rasa             hormat terhadap pemimpin. Tindakan disiplin dilakukan secepat mungkin bila            berlaku pencabulan terhadap etika dan disiplin yang telah ditetapkan.

6.                  Garis panduan berikut membantu pemimpin membangunkan gelagat beretika seperti          jujur, integriti, tepati janji, kesetiaan, adil, ambil berat hak orang ramai, hormat       orang ramai, tanggungjawab sebagai warganegara dengan mematuhi          undang-undang           dan bertindak selari dengan tuntutan undang-undang, meningkatkan kecemerlangan,            akauntabiliti iaitu kesediaan pemimpin           bertanggungjawab terhadap keputusan yang           telah diambil.

 

RUMUSAN

Prinsip etika memberi panduan tepat dan jelas bagaimana pemimpin sepatutnya berkelakuan, merancang dan mengimplementasikan segala keputusan yang telah dibuat ke arah mencapai matlamat organisasi.

 

Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi, dipertahankan dan dikomunikasikan oleh setiap pemimpin. Kelangsungan organisasi bergantung sepenuhnya kepada pematuhan mereka terhadap prinsip etika. Kegagalan pemimpin menghayati prinsip etika akan menjejaskan imej, reputasi dan keyakinan semua mereka yang berkepentingan dalam organisasi.

 

Prinsip etika tidak sepatutnya ditukar, digadai dan dijual bagi mendapatkan keuntungan peribadi memperoleh habuan jangka pendek atau jangka panjang. Justeru itu, pemimpin perlu mempunyai etika kepimpinan yang jelas dalam ertikata lain mempunyai akhlak dan pendirian yang benar dan betul di dalam menjalankan tugas dan amanah.

 

 

 

 

________________________________________________________________________

1. SEJARAH PILIHANRAYA KECIL -50% KEMENANGAN PARTI A DAN 50% PARTI B- PERLU AMBIL IKTIBAR DARI PRU-12 LALU DAN DARI PILIHANARAYA KECIL LEPAS.

Listkan semua pilihanraya kecil lepas dan ulasan pru 12

 

______________________________________________________________________

 

KNOWLEDGE MANAGEMENT


Ir. SHUHAILI CHE KOB


 

KNOWLEDGE MANAGEMENT

 


Purpose


 

This paper aims to get an information about Malaysian companies exploit their intellectual capital using different knowledge management practice, maximize their potential and to find out the categories which can give the impact on their practices.

 

Introduction


 

Knowledge is the full utilization of information and data, coupled with the potential of people's skills, competencies, ideas, intuitions, commitments and motivations and Knowledge Management is the collection of processes that govern the creation, dissemination, and utilization of knowledge.

The most important dimensions of knowledge are:

  • Knowledge is a firm asset: Knowledge is an intangible asset requiring organizational resources and whose value increases as it is shared.
  • Knowledge has different forms: Knowledge includes craft, skills, procedures, and understanding of causality
  • Knowledge has a location: Knowledge resides with individuals, social groups, is difficult to transfer or extract
  • Knowledge is situational: Knowledge may be applicable only in certain contexts or situations

Given the importance of knowledge in virtually all areas of daily and commercial life, a key distinction made by the majority of knowledge management practitioners is Nonaka's reformulation of Polanyi's distinction between tacit and explicit knowledge.

·         Tacit knowledge is knowledge residing in the minds of employees that has not been documented. This is including the expertise and experience of organizational members that has not been formally documented. 

·         Explicit knowledge is knowledge that has been documented.

 

The knowledge management value chain includes four main steps that add value to raw data and information as it is transformed into usable knowledge:

 

  1. Knowledge acquisition: Knowledge may be acquired by building repositories of documents, enabling systems for expert advice, analyzing data for patterns, or by using knowledge workstations. An effective knowledge system requires systematic data from a firm's transaction processing systems and data from external sources.
  2. Knowledge storage: Storing knowledge in databases and document management systems
  3. Knowledge dissemination: Knowledge may be transferred to managers and employees via portals, e-mails, search engines, collaborative office systems, training programs, and other means.
  4. Knowledge application: New knowledge must be built into an organizations processes and application systems and become a part of decision-making systems.

 

 

Review of the Literature


Knowledge management is a key concept in today’s business world.  Evidence of this fact is apparent if one only peruses the current business, management, and organization literature.  On the surface, it looks as if knowledge management just appeared toward the end of the 1990’s.  Some regard knowledge management as a business fad or craze (Swan, Newell, Scarbrough, and Hislop, 1999, p. 275), but a closer examination of the concept reveals that there has been considerable thought and research into it, and many of the world’s most successful corporations, businesses, and organizations are investing considerable resources in this enterprise (Alvesson and Karreman, 2001, p. 995).  Prusak (1999) estimates that approximately 80% of the Global 1000 businesses are conducting knowledge projects, and that “approximately 68% of the Fortune 1000 have defined knowledge projects underway.  Attendance at knowledge conferences…has reached over 10,000 in the U.S. alone.  There are at least six knowledge management newsletters, one fully developed knowledge management magazine” (p. 3).

            Many of the practices set up in organizations can be broadly construed as contributing to the knowledge agenda.  These knowledge projects range from setting up an intranet, using Lotus Notes or other team-oriented software, creating personal development plans, mentoring, or sharing information on best practices.  Increasingly, organizations are creating specific initiatives or programs with a knowledge focus.  Knowledge teams and knowledge leaders are emerging, but very few organizations are applying knowledge management throughout their organizations (Skyrme, 1999, p. 109). 

            Why are businesses and organizations devoting considerable money, time, and effort into knowledge management projects?  The answer is they want to survive.  McCampbell, Clare, and Glitters (1999) maintain that in an economy of uncertainty, the only sure source of lasting competitive advantage is knowledge.  “Successful companies are those that consistently create new knowledge, disseminate it widely throughout the organization, and quickly embody it in new technologies and products” (p. 172).  They argue that the new business environment is characterized by radical and discontinuous change.  The environment requires organization members to anticipate changes and carry out a faster cycle of knowledge creation and action based on the new knowledge (McCampbell et al., 1999, p. 173). 

            The McCampbell et al. characterization of the business world is also true for society at large (1999).  Operating any organization in the information age is a challenge made more difficult by the instantaneous nature of the flow of information.  Drucker (1993) calls our world a post-capitalist society, and in his writing about the economic, political, and social transformation’s taking place, he identifies a primary characteristic and resource – knowledge (pp. 4-8).  The post-capitalist society differs from past eras in how knowledge is applied.  In the early part of the 20th Century, the industrial revolution applied knowledge to the use of tools, processes and products.  The productivity revolution began when people applied knowledge to human behavior.  Post-capitalist society is characterized by the fact that knowledge is being applied to knowledge itself (Uit Beijerse, 1999, p. 96). 

As Skyrme and Amidon (1999) write, “the knowledge agenda is new, yet not new” (p. 108).  Most organizations are already involved in managing knowledge and have been for a long time.  Many of them, however, do not realize the full extent of what they are undertaking.  The purpose of this paper is to provide an overview of the concept of knowledge management, identify key terms and concepts related to knowledge management, trace the history of the study of knowledge management, and explain the major areas of study and thought related to the phenomenon.

Defining Knowledge Management

While there are many organizations undertaking knowledge management projects, there is dispute over what exactly knowledge management is.  Some in the field define knowledge management simply as information that has value for action, but others, like Snowden (1999), maintain that knowledge management is not that simple.  He writes that it is the “identification, optimization, and active management of intellectual assets, either in the form of explicit knowledge held in artifacts or as trait knowledge possessed by individuals or communities”

(p. 63).  Swan et al. (1999) explain that knowledge management is about harnessing the “intellectual and social capital of individuals in order to improve organizational learning capabilities, recognizing that knowledge, and not simply information, is the primary source of an organization’s innovative potential” (p. 264).

            One cannot get a clear picture of knowledge management without studying the concepts of knowledge and information and other related terms.  Much of the confusion that surrounds knowledge management is due to scholars’ varied opinions on distinguishing knowledge from information.  The misconception that the two terms are interchangeable can have disastrous effects in the business world.   “The confusion between knowledge and information has caused managers to sink billions of dollars in information technology ventures that have yielded marginal results” (McCampbell et al., 1999, p. 172).   Snowden (1999) claims that it is not necessary to define knowledge, but points out that it is important to distinguish it from information (p. 52).  Other researchers find it necessary to have a thorough understanding of all elements that make up knowledge management.  Davenport, De Long, and Beers (1999) claim that knowledge “is information combined with experience, context, interpretation, and reflection” (p. 89).  Prusak (1999) describes knowledge as a human trait or attribute (p. 4), distinguishing it from information in that only a human can obtain knowledge.  For example, a bookshelf can contain many volumes of books on a particular subject.  It can be said that the bookshelf contains a lot of information, but one cannot claim that the bookshelf is knowledgeable.  Sveiby (1999) carries the definition a little farther by describing it as an activity and a “process of knowing” (p. 20).  The term activity brings up the notion of action, which Nurmi (1999) mentions in his definition of knowledge:

            Knowledge is something that is acted upon, that has an effect on the way things are.  We are not interested in information that lies passive on shelves, in files, or in archives.  A knowledge business is created when the know-how inside the firm

and the needs of customers outside the firm meet (p. 168).

Nurmi’s definition brings up the notion of know-how, which is akin to the deeper type of knowledge characterized by Ikujiro Nonaka, a business management expert and scholar from Japan.  Nonaka (1994) writes that information is a “flow of messages, while knowledge is created and organized by the very flow of information, anchored on the commitment and beliefs of its holder” (p. 15).  He also maintains the most important element in knowledge is action. 

Nonaka and Konno (1999) categorize knowledge as either explicit or tacit.  Explicit knowledge can be thought of as knowledge that can be expressed in terms of words and numbers.  It can be shared in the form of data.  Tacit knowledge, on the other hand, is highly personal, hard to formalize, and difficult to communicate (p. 39).  Much of Nonaka’s work is based upon the knowledge theories of Polyani (1966), who first came up with the idea of tacit knowledge.  He declared that “we have examples of knowing, both of a more intellectual and more practical knowing” (p. 6).  One can also see the similarity between the intellectual knowing and Nurmi’s know-how mentioned in the paragraph above.  Polyani further states that the two aspects of knowing have a similar structure, and that neither is present without the other (p. 7).  His explanation of tacit knowledge, “we can know more than we can tell” (p. 4), is best illustrated by police identification techniques.  If an individual is trying to identify a criminal but cannot fully describe him, the police might use a data base of images of facial parts such as eyes, nose, and mouth.  They will then show those to the individual, who will pick through the choices until he arrives at something similar to the features of the criminal he remembers.  In other words, the individual knows the information; he just cannot relate it without that process.  This illustration not only points out what tacit knowledge is, it also demonstrates that tacit knowledge can be conveyed through some type of process.

Nonaka (1994) expands on Polyani’s notion of tacit knowledge by asserting that tacit information has both cognitive and technical elements.  Cognitive elements can be thought of as mental models in which people form models of the world.  They can manipulate these models to help define their world.  The technical element is know-how or skills that apply to a specific context (p. 16).  Snowden (1999) helps further clarify the concepts of tacit and explicit knowledge by relating how each particular type of knowledge is evoked.  He writes that “the optimization of explicit knowledge is achieved by the consolidation and making available of artifacts.  The optimization of tacit knowledge is achieved through the creation of communities to hold, share, and grow the tacit knowledge” (p. 63).

            While knowledge management scholars have spent considerable energy into debating and defining knowledge, much less is written on the term management. Alvesson and Karreman (2001) assert this is because most researchers believe that the idea of management is something that makes common sense.  There seems to be a general consensus among scholars that management involves planning, organizing, coordinating, and controlling work (p. 1001). 

 

Study Methodology


 

Relevant literature review

Survey

RAYUAN RAKYAT


RAYUAN RAKYAT (HARAKAH 4-6 JAN. 2013)

 

Jangan jual pakaian pada rakyat jelata

jualkan pada rakyat kesegakan

kecantikan dan gaya

jangan jual ubat pada rakyat jelata

jualkan pada rakyat

kesihatan yang baik dan hidup sejahtera

jangan jual temberang pada rakyat jelata

pecah tembelang diri sendiri

yang mendapat celaka

 

Tolong jangan jual dan umpan

kami

rakyat jelata

rasuah

maruah

agama

bangsa dan

negara.

 

Shuhaili Che Kob                    Taman Cahaya Alam, Selangor

 

PEMIMPIN


PEMIMPIN (HARAKAH 14-16 DISEMBER 2012)

 

Pemimpin adil pemimpin disembah

pemimpin zalim pemimpin disanggah

pemimpin khianat sepanjang hayat rakyat laknat

pemimpin populis rakyat prejudis

pemimpin mengkayakan keluarga

rakyat curiga

pemimpin cakap tidak cermat

rakyat tidak hormat

pemimpin cakap lepas-lepas

rakyat dengar hati panas

pemimpin suka tabur fitnah

bangsa akan punah

pemimpin amal budaya rasuah

pasti kehidupan akan berpecah belah

pemimpin rosak peribadi dan akhlak

menunggu masa untuk ditolak

pemimpin bermewah bermegah megah

pasti tidak senang rakyat di bawah

pemimpin berjanji dan mungkir

pasti tiba masanya akan disingkir

pemimpin salah guna kuasa

tanda Negara akan binasa

pemimpin akidahya sudah terpesong

tiada lagi rakyat mahu menyokong

pemimpin suka membuka keaiban orang

lambat laun keaiban sendiri pecah tembelang

 

Ingat!

menang tuan kerana undi

menang kerusi

boleh pakai lagi

atau rakyat tolak ke tepi

rakyat tentukan nanti

dalam pilihanraya ini.

 

Shuhaili Che Kob                      Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur

PERLAWANAN


PERLAWANAN (BM 3/1/2010)

 

Di dalam gelanggan itu

aku lihat manusia

melawan manusia

ada juga lembu

melawan lembu

dan manusia melawan lembu

 

Di luar gelanggan pula

dapat kita saksikan

peristiwa sama berulang

manusia melawan manusia

lembu melawan lembu

dan manusia melawan lembu

bilakah sudahnya?

 

Ir Shuhaili Che Kob          Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur

Sunday, July 1, 2012

SAMPAI BILA

Kalau masih tak percaya
sampai bila-bila tak seia sekata
kalau masih ragu meragui
sampai bila-bila tak akan sehati
kalau masih mencari salah
sampai bila-bila tak henti bertelagah
kalau masih tuduh menuduh
sampai bila-bila terus bergaduh
kalau masih berdolak dalik
sampai bila-bila sukar nak berbaik-baik
kalau masih kata mengata
sampai bila-bila tak boleh duduk semeja
kalau masih terus bersengketa
yang ruginya sesama bangsa
kalau masih ada serba tak kena
apa maknanya persaudaraan atas nama sebangsa seagama
kalau sesama sendiri masih dianggap musuh
orang lain menangguk di air keruh.

Mazemie Maz          Sikamat, Seremban