(KRISIS
KEPIMPINAN)
ETIKA
DAN POLITIK KEPIMPINAN
-Senerio
Politik Masa Kini satu pemerhatian dan analisa dari kacamata profesional
________________________________________________________________________
PENGENALAN
Pemimpin yang boleh membina masa depan
bangsa, agama dan negara amat diperlukan. Melahirkan pemimpin yang terlatih
sahaja belum cukup untuk menangani masa depan masyarakat dan negara. Pemimpin
tersebut setelah dilatih dalam pelbagai aspek seperti pengurusan, kepimpinan,
psikologi, kaunseling, pengembangan, aktiviti sosial, agama perbandingan dan
pembangunan insan bagi membolehkan mereka menangani sindrom organisasi bisu dan
lesu, gejala sosial dan segala macam penyakit masyarakat mengancam kemakmuran
negara, perlu dan wajar mempunyai agenda bertindak dan fokus perjuangan yang
jelas.
Memperkatakan masalah kepimpinan adalah
proses kesinambungan membina sebuah watan atau tamadun. Bermakna kita
membicarakan soal penghidupan dan kualiti sebuah generasi yang akan melanjutkan
usaha menyambung perjuangan oleh generasi selanjutnya.
Kepimpinan merupakan suatu aspek menentukan
corak dan hala tuju sesebuah pembangunan sama ada pembangunan itu melibatkan
dimensi sosial, ekonomi, politik mahupun budaya. Kejelasan terhadap erti
kepimpinan dan implikasinya kepada pembinaan sesebuah generasi akan menentukan
martabat, harakat dan maruah sesebuah bangsa yang bertamadun.
Merebaknya wabak kepimpinan yang tercabut
akal budi dan ketinggian akhlak memperlihatkan senario dunia sudah merebak ke
peringkat akar umbi. Jiwa wibawa kepimpinan telah tercemar oleh jegala jelik
membunuh keyakinan generasi akan datang terhadap perjuangan kepimpinan masa
kini. Membicarakan soal kepimpinan, kita membicarakan juga soal keyakinan
generasi mendatang terhadap kepimpinan kini.
Satu analisa terhadap senario semasa dibuat
untuk lebih memahami dan menghargai kenapa anjakan dan lonjakan besar dalam
hala tuju kepimpinan perlu dilakukan. Segala kebejatan dan kepincangan
kepimpinan yang terampil buat masa kini dalam pelbagai lapangan, lapisan dan
kelompok masyarakat sama ada golongan teknokrat atau birokrat, ahli politik
atau ahli profesional, golongan cendikiawan atau kelompok penulis, lapisan akar
umbi mahupun di kalangan strata masyarakat pelajar sedang dipaparkan dengan
situasi yang amat membimbangkan.
DEFINISI PEMIMPIN DAN KEPIMPINAN
Kepimpinan mempunyai tafsiran berlainan bila
didefinisikan oleh golongan tertentu. Mengikut teori KAI + ZEN (CHANGE + GOOD),
kepimpinan adalah kesenian yang dapat merealisasikan aspirasi segolongan
melalui proses komunikasi, pengagihan kerja, pengubasuaian keadaan sampai
tercapainya matlamat. Justeru itu, pemimpin memain peranan sebagai jurulatih,
kaunselor, pendidik, penggerak, pengurus, memberi peluang yang cukup
komprehensif untuk seseorang pekerja memain peranan sampai menjadi seorang
pemimpin yang cukup berkeyakinan, bertoleransi, berwawasan dan berstrategik.
Pemimpin dan kepimpinan memainkan peranan
penting dalam sesebuah organisasi atau masyarakat. Kelangsungan orgnasasi dan
keunggulan masyarakat dipengaruhi oleh kewibawaan pemimpin dan kecekapan mereka
menjalankan peranan masing-masing. Ketrampilan dan kepimpinan bukanlah sesuatu
yang lahir secara semulajadi. Pemimpin perlu dididik, dirangsang dan didoakan
agar dapat menyerlahkan kemampuan sebenar sebagai pemimpin..
PERANAN PEMIMPIN
1. MERANCANG
2. MENGURUS
3. MEMIMPIN
4. MENGAWAL
DAN MENILAI
5. MENYELIA
6. MENGHUBUNG
7. MENGGERAK
8. MODEL
9. MENDENGAR
DAN MEMBANTU
10. MENASIHAT
11. MEMBERI
KAUNSELING
12. MENGIKUT
13. MENDOAKAN
CIRI-CIRI KEPIMPINAN
1. BERILMU
2. ADIL
3. BERKEMAMPUAN
4. BERSAHSIAH
PEMIMPIN
5. JUJUR
6. SABAR
7. MERENDAH
DIRI DAN BERZUHUD
8. MENJAGA
MASA
9. BERTANGGUNGJAWAB
10. BERDISIPLIN
DAN BERETIKA
11. PATUH
12. BERPUAS
HATI DAN BERSYUKUR
13. SEDIA
MEMAAFKAN ORANG LAIN
14. SUKA
MELINDUNGI PIHAK YANG LEMAH
15. PEMURAH
16. MENGHORMATI
AGAMA, ULAMA DAN GURU-GURU
17. TIDAK
SOMBONG
18. SEDIA
MENERIMA TEGURAN
19. BERSEMANGAT
KUMPULAN
20. MENGHARGAI
DAN MENGHORMATI KAWAN
21. PANDAI
IMBANGAN KUASA DAN PENGARUH
22. SAYANG
PADA ORANG YANG DIPIMPIN
23. BERHIKMAH
ATAU BERDIPLOMATIK
24. TEGAS DAN
MEMPUNYAI AZAM YANG KENTAL
25. MEMPUNYAI
MISI DAN VISI, WAWASAN JELAS
26. PANDAI
MENERAJUI PERUBAHAN
27. PEKA
KEPADA KEADAAN PERSEKITARAN
28. BIJAK DAN
BERANI MEM BUAT KEPUTUSAN
29. PINTAR
BERKOMUNIKASI
30. BERILTIZAM
DAN CEKAL
31. BERPANDUKAN
IMAN DAN TAQWA
FUNGSI PEMIMPIN
1.
ADAKAH GELAGAT POLITIK YANG DIAMBIL OLEH
PEMIMPIN BERETIKA?
SOALAN PERTAMA
Adakah tindakan pemimpin politik didorong
untuk memenuhi kepentingan peribadi melebihi kepentingan organisasi?
SOALAN KEDUA
Adakah tindakan pemimpin politik menghormati
hak individu yang lain?
SOALAN KETIGA
Adakah aktiviti pemimpin politik adil dan
saksama?
Kita sedang berhadapan pelbagai cabaran
kepimpinan yang menunjukkan tanda-tanda bahawa kepimpinan yang boleh dicontohi
amat terbatas.
Saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini
bagi mengutarakan kebimbangan dengan isu-isu semasa yang nampak kian parah kecelaruannya.
Dari pemerhatian profesional, Retak sudah menunggu Belah. Sebagai seorang
profesional, saya rasa bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu demi untuk melihat
bangsa kita, bangsa Melayu maju ke depan dengan masa depan yang lebih
Cemerlang, Gemilang dan Terbilang bukan Terbuang.
Baiklah, mungkin ramai tertanya-tanya kenapa
saya mulai penulisan saya ini dengan persoalan. Satu, dua dan tiga soalan
seperti di atas. Kenapa saya mengutarakan tiga persoalan utama di atas? Kerana
pada hemat saya, ketiga-tiga persoalan di atas merupakan persoalan asas yang
saya yakin setiap persoalan itu sudah pasti ada jawapan dalam diri setiap
pemimpin yang telah melibatkan diri dalam dunia politik kerana anda lebih arif
tentang berpolitik atau main politik.
Saya juga pasti, anda sebagai pemimpin
sebelum memutuskan untuk mengambil sebarang tindakan berpolitik, pertamanya
anda sebagai pemimpin politik patut dan sudah berfikir dengan serius sama ada
keputusan dibuat tersebut sejajar atau tidak dengan matlamat organisasi. Kedua,
memikirkan juga hak-hak pihak lain yang mungkin akan menerima kesan secara
langsung atau tidak langsung dari keputusan yang telah dilakukan. Ketiga,
pemimpin jug patut bertanya kepada diri mereka sendiri sama ada tindakan mereka
itu mengikut piawai keadilan dan kesaksamaan sejagat.
Kita sudah semua maklum, melibatkan diri
dalam politik masa kini, bukan lagi satu profesion untuk bermewah megah dan
bergaya tetapi lebih kepada tanggungjawab. Organisasi tempat anda berkhidmat
sebagai ahli politik merupakan medan bagi pelbagai pihak memenuhi tuntutan,
desakan dan kehendak. Maka, anda sebagai pemimpin politik tidak dapat lari
daripada berhadapan dengan persoalan gelagat politik pelbagai pihak untuk
memastikan agenda mereka berjaya diperolehi dengan apa cara sekalipun.
Anda sebagai pemimpin politik sedar akan
gelagat politik subordinat dalam menangani pelbagai gelagat dalam memenuhi
tuntutan mereka tidak semua mampu dipenuhi atau ditunaikan. Justeru itu, anda
perlu pastikan gelagat politik mereka dilakukan secara positif dan berhemah.
Setiap pertimbangan keputusan dibuat berdasarkan kepada prinsip moral dan
etika. Pemimpin perlu mempunyai nilai kematangan fikiran dalam menggunakan
kuasa supaya ia dilaksanakan dengan penuh beretika. Pemimpin juga perlu berwaspada
kerana terdapat agenda yang tersembunyi atau motif politik di kalangan ahli
terhadap sebarang keputusan yang telah diperkenalkan dengan memastikan ia
selari dengan pembentukan polisi dan prosedur disiplin organisasi.
CADANGAN MENANGANI GELAGAT POLITIK
1.
Prosedur membuat keputusan
lebih terbuka, telus dan tepat untuk mengelakkan keraguan umum. Pihak yang berkepentingan perlu diberi peluang
menilai aktiviti kepimpinan dan
kesannya kepada mereka.
2.
Meningkatkan kesedaran umum
supaya pemimpin lebih bertanggungjawab bukan sahaja
kepada diri sendiri malah kepada semua aspek termasuk mengelak daripada melakukan tindakan yang tidak selari dengan
tuntutan etika seperti berbohong, menipu,
mencuri, menerima dan memberi rasuah, mengeksploitasi subordinat, memanipulasi dan bercakap tidak sama
bikin.
3.
Memperkenalkan asas-asas etika
dengan mempraktikkan program-program latihan kepimpinan
terutama kepimpinan Islam, mengamalkannya dalam setiap fungsi organisasi dan lain-lain lagi.
4.
Hak-hak subordinat perlu diberi
perhatian seperti pembayaran gaji yang adil, kebebasan
untuk bersuara dan hak dalam keadilan.
5.
Perlaksanaan tindakan disiplin
yang tidak konsisten akan mewujudkan hilang rasa hormat terhadap pemimpin. Tindakan disiplin dilakukan
secepat mungkin bila berlaku pencabulan
terhadap etika dan disiplin yang telah ditetapkan.
6.
Garis panduan berikut membantu
pemimpin membangunkan gelagat beretika seperti jujur,
integriti, tepati janji, kesetiaan, adil, ambil berat hak orang ramai, hormat orang ramai, tanggungjawab sebagai
warganegara dengan mematuhi undang-undang
dan bertindak selari dengan
tuntutan undang-undang, meningkatkan kecemerlangan, akauntabiliti iaitu kesediaan pemimpin bertanggungjawab terhadap keputusan
yang telah diambil.
RUMUSAN
Prinsip etika memberi panduan tepat dan
jelas bagaimana pemimpin sepatutnya berkelakuan, merancang dan
mengimplementasikan segala keputusan yang telah dibuat ke arah mencapai
matlamat organisasi.
Prinsip etika perlu dihormati, disanjungi,
dipertahankan dan dikomunikasikan oleh setiap pemimpin. Kelangsungan organisasi
bergantung sepenuhnya kepada pematuhan mereka terhadap prinsip etika. Kegagalan
pemimpin menghayati prinsip etika akan menjejaskan imej, reputasi dan keyakinan
semua mereka yang berkepentingan dalam organisasi.
Prinsip etika tidak sepatutnya ditukar,
digadai dan dijual bagi mendapatkan keuntungan peribadi memperoleh habuan
jangka pendek atau jangka panjang. Justeru itu, pemimpin perlu mempunyai etika
kepimpinan yang jelas dalam ertikata lain mempunyai akhlak dan pendirian yang
benar dan betul di dalam menjalankan tugas dan amanah.
________________________________________________________________________
1. SEJARAH
PILIHANRAYA KECIL -50% KEMENANGAN PARTI A DAN 50% PARTI B- PERLU AMBIL IKTIBAR
DARI PRU-12 LALU DAN DARI PILIHANARAYA KECIL LEPAS.
Listkan semua pilihanraya kecil lepas dan
ulasan pru 12
______________________________________________________________________
No comments:
Post a Comment