Menerbitkan sendiri karya: Menyemarakkan Industri Penerbitan
Lim Swee Tin
Lim Swee Tin
Seingat saya, pertama kali saya menerbitkan sendiri karya saya, pada tahun 1981. Ketika itu sudah sedekad saya berkarya.
Saya berasakan sudah banyak karya yang terbit di media, khususnya sajak, dan sudah tiba masanya saya memiliki sebuah buku
kumpulan sajak yang lengkap. Maka, melalui inisiatif yang tentunya dituruti keinginan yang melonjak-lonjak, saya menghimpunkan sejumlah 5O buah karya daripada yang tersimpan itu, sebahagian besarnya sudah pernah terbit
di media, yang kemudiannya saya judulkan manuskrip kumpulan sajak pertama saya itu, “Eva”.
Sebenarnya, menerbitkan sendiri karya bukanlah sesuatu yang jelik, bahkan banyak kelebihannya, jika kena pada caranya,
Sebenarnya, menerbitkan sendiri karya bukanlah sesuatu yang jelik, bahkan banyak kelebihannya, jika kena pada caranya,
berbanding sekiranya diterbitkan oleh sesebuah penerbitan.
Elok pula rasanya kalau saya lanjutkan perihal penerbitan Eva itu. Eva diterbitkan setelah kira-kira 1O tahun saya menceburi bidang penulisan kreatif. Ketika itu, dalam fail simpanan saya telah ada hampir 1OO buah sajak
saya. Angka ini bukanlah besar jika diukur tempoh hampir sedekad itu. Sungguhpun demikian, saya amat berhati-hati apabila melakukan saringan dalam memilih karya. Saya menggunakan beberapa kriteria dalam membuat pemilihan ini,
iaitu:
• Sajak yang saya sukai.
• Sajak yang memaparkan idea yang agak serius.
• Sajak yang digarap bahasa yang indah, puitis.
• Sajak yang dikira dapat mewakili diri.
• Sajak yang ada kemungkinan dapat diketengahkan.
Ada rakan yang menganjurkan agar saya mengajukan kumpulan ini ke sebuah penerbitan ternama. Namun, saya mempunyai

pertimbangan yang lain. Pertama, saya penulis muda pada waktu itu. Sebagai penulis muda, siapakah yang akan memberikan
perhatian kepada kumpulan sajak saya? Kedua, karya saya yang tersiar dalam majalah majalah yang dikira berwibawa pada ketika itu, seumpama Dewan Sastera, bukannya bagus sangat,
pada tanggapan saya sendiri.
Ketiga, saya tidak pernah menerima apaapa hadiah peraduan mengarang. Dari satu segi, sudah tentu karya saya kurang
nilainya.
Pertimbangan ini sebenarnya cuba untuk menyelubungi ketidakyakinan dalam diri saya. Terus teranglah, saya tidak sedikit
Pertimbangan ini sebenarnya cuba untuk menyelubungi ketidakyakinan dalam diri saya. Terus teranglah, saya tidak sedikit
pun percaya bahawa kumpulan sajak saya ini akan diterima untuk diterbitkan. Lalu, jalan terbaik yang mampu terfikir
pada masa itu adalah mengusahakan sendiri penerbitan kumpulan sajak ini. Saya sebaliknya berusaha meyakinkan diri
bahawa penerbitan ini perlu atas beberapa faktor, iaitu;
• Untuk memiliki sebuah kumpulan sajak sendiri yang kelak dapat mengetengahkan diri saya di persada kesusasteraan tanah air.
• Untuk memiliki sebuah kumpulan sajak sendiri yang kelak dapat mengetengahkan diri saya di persada kesusasteraan tanah air.
• Membayangkan kemungkinan akan ada sebuah dua atau lebih karya yang kelak menarik perhatian penyelenggara antologi
sajak untuk dibukukan.
• Menggunakan buku ini untuk mempelbagaikan bahan dalam bengkel yang sekali-sekali pada ketika itu saya diundang untuk mengendalikannya.
Akhirnya, siaplah manuskrip “Eva”. Saya membacanya berkali-kali dengan hasrat untuk membuang, atau menukar atau menambah karya. Saya umumnya sudah berpuas hati,

dan yang paling penting menyedapkan hati bahawa karya-karya yang ada itu sudah memadai. Saya mula memikirkan tatarias kulit buku, lalu menggunakan khidmat Selina S.F. Lee,
isteri saya sebagai model. Saya juga jurufotonya dan merangkap pereka letak kulit. Saya memilih fon, menentukan saiz buku
dan memilih warna sekali gus.
Saya menemui pencetak, Syarikat Percetakan al-Ahmaddiyah, di Kota Bharu, Kelantan, dan menyetujui kos percetakan RM1OOO.OO untuk 1OOO naskhah.
Saya menemui pencetak, Syarikat Percetakan al-Ahmaddiyah, di Kota Bharu, Kelantan, dan menyetujui kos percetakan RM1OOO.OO untuk 1OOO naskhah.
Saya menemui penyair Marhan bagi memohon keizinan menggunakan nama syarikatnya selaku penerbit buku saya,
dan beliau bersetuju. Pada halaman dalam kumpulan sajak, Eva, tercacat Penerbitan Marhan. Eva siap dicetak dalam
jangka masa tidak sampai dua bulan.
Kumpulan sajak ini sudah boleh dijual kepada kawan-kawan, dan Eva juga dikupas dalam beberapa tulisan di akhbar dan majalah. Namun, yang membanggakan saya, hasrat
Kumpulan sajak ini sudah boleh dijual kepada kawan-kawan, dan Eva juga dikupas dalam beberapa tulisan di akhbar dan majalah. Namun, yang membanggakan saya, hasrat
awal saya tertunai sudah apabila beberapa karya dalam Eva dimohon pula oleh penyelenggara dalam penyusunan antologi
sajak. Lebih membanggakan lagi, antologi ini kemudiannya dijadikan teks kesusasteraan Melayu sekolah menengah di Malaysia.
Ketika itu, hanya Tuhan yang tahu bahawa Eva merupakan segala-galanya bagi saya.
Menerbitkan sendiri karya bukan berpunca daripada keghairahan. Apatah keghairahan yang melulu dan tidak bertempat.
Hakikatnya, saya mempunyai asas yang cukup kukuh untuk menerbitkan sendiri karya saya.
Pada tahun 2OOO saya diangkat menerima Anugerah S.E.A Write atau S.E.A Write Award daripada Kerajaan Thailand,
Pada tahun 2OOO saya diangkat menerima Anugerah S.E.A Write atau S.E.A Write Award daripada Kerajaan Thailand,
mewakili Malaysia. Ketika di Bangkok saya banyak berinteraksi dengan para pengarang di Thailand, dan memperoleh
banyak pula kesan daripadanya. Pertama, saya melihat banyak pengarang di sana yang menerbitkan karya sendiri.
Menerbit sandiri karya semacam fenomena. Mereka kelihatannya amat selesa sekali dengan tidak bergantung harapan
pada belas ihsan penerbit yang ada. Tetapi, bukanlah semua. Ada penulis di sana yang hidup senang-lenang kerana karya yang diterbitkan oleh penerbit, ertinya mereka mampu hidup melalui penulisan.
Rakan saya, Wimon Sainimnuan, penerima anugerah dari negara tuan rumah yang menghasilkan sebuah novel
Rakan saya, Wimon Sainimnuan, penerima anugerah dari negara tuan rumah yang menghasilkan sebuah novel
laris Amata atau Immortality, banyak mendorong saya menerbitkan karya sendiri. Wimon pengarang muda.
Dia seorang guru sekolah yang sudah bertugas kira-kira enam tahun. Dalam jangka masa empat hingga lima bulan, novelnya yang diterbitkan sendiri terjual lebih
25O OOO naskhah. Wimon mengambil keputusan berhenti daripada jawatan gurunya, menjadi penerbit dan mahu
membuka dimensi baharu dalam kerjaya seninya, dan landskap ini cukup menarik.
Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya amat berjasa kepada saya. Pada tahun 1985 misalnya, DBP telah
Dewan Bahasa dan Pustaka sebenarnya amat berjasa kepada saya. Pada tahun 1985 misalnya, DBP telah
menerbitkan kumpulan sajak pemenang Anugerah Puisiputra 2 saya, Akrab. Kumpulan sajak ini mendapat
sambutan baik, dijual dengan cemerlang oleh DBP, dan diulang cetak pada tahun 1992. Pada tahun 1991,
DBP menerbitkan pula kumpulan sajak saya Menyusur Musim. Manakala, pada tahun 1998, DBP menerbitkan
kumpulan sajak Sebuah Fragmen Cinta. Kumpulan ini mendapat sambutan yang luar biasa, dan DBP bermurah
hati mengulang cetaknya pada tahun 2OOO.
Melihat perkembangan penerbitan buku kumpulan sajak saya yang diterbitkan oleh DBP pula, saya fikir buku-buku sajak saya selalu mendapat sambutan di luar dugaan. Hal ini adalah kerana kumpulan sajak orang lain jarang-jarang yang tercetak lebih daripada sekali, kecuali yang dijadikan teks kesusasteraan Melayu di sekolah.
Sebuah manuskrip saya. “sketsa”, pada mulanya bermasalah di DBP. “Sketsa” ialah catatan perjalanan saya

selama 26 hari di Indonesia hasil Program Penataran Karya, yang dibiayai sepenuhnya oleh DBP. Setelah menunjukkan
bahawa “sketsa” bukan dipenuhi catatan peribadi, tetapi sebenarnya kesan daripada pengalaman membina dan
mengembangkan sastera Melayu, manuskrip saya diterbitkan.
Buku ini mendapat sambutan yang amat baik berdasarkan reaksi pembaca yang saya terima. Mereka suka akan
Buku ini mendapat sambutan yang amat baik berdasarkan reaksi pembaca yang saya terima. Mereka suka akan
catatan tentang pelbagai perkara terutama dunia buku, proses kreatif pengarang negara jiran, kegiatan teater,
seni lukis dan filem di Indonesia. Jasa DBP besar kerana pada waktu yang sama menerbitkan puluhan antologi
yang memuatkan karya-karya saya.
Saya memutuskan untuk menerbitkan sendiri manuskrip “Kereta Api Malam.” Himbauan kenangan lebih dua
Saya memutuskan untuk menerbitkan sendiri manuskrip “Kereta Api Malam.” Himbauan kenangan lebih dua
dekad lalu ketika menerbitkan Eva menjelma tiba-tiba. Saya membuat keputusan pantas, dan manuskrip kumpulan sajak ini saya tukar judulnya kepada “Memetik Mawar”.
Pada penilaian Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2OO2-2OO3, kumpulan ini terpilih menerima Hadiah Utama Kategori Kumpulan Puisi Remaja, dengan hadiah RM 5OOO.OO.
Diam-diam dalam hati, saya memikirkan, betapa eloknya jika saya memenangi hadiah ini melalui logo DBP sendiri.
Namun, saya tidak pula menyesal, sebagaimana saya tidak berdendam sebelumnya, kerana saya melihat semua
ini sebagai takdir.
Saya kira takdir jugalah yang menentukan akhirnya bahawa karya-karya saya harus saya terbitkan sendiri. Selepas kejayaan Memetik Mawar, serta memenangi pula Hadiah Sastera
Perdana Malaysia, saya kira ada satu titik tolak yang baharu dalam alam penulisan kreatif saya. Saya bertekad
menjadi penerbit yang aktif. Walau bagaimanapun, sebelum itu, saya terbitkan beberapa karya yang lain,
antaranya sebuah himpunan esei berjudul Berkelana di Belantara Kata (2OO2), dan sebuah kumpulan Sajak-sajak Sempena: Citra Kurnia yang saya biaya sepenuhnya dan menggunakan penerbitan milik sahabat saya,
Penerbitan Pustaka Nusa Sdn. Bhd.
Keinginan menerbitkan sendiri karya ini semakin melonjak apabila sebuah lagi manuskrip saya ditolak oleh DBP.
Keinginan menerbitkan sendiri karya ini semakin melonjak apabila sebuah lagi manuskrip saya ditolak oleh DBP.
Manuskrip kumpulan sajak “Bulan antara Lalang” yang merupakan sebuah kumpulan sajak pilihan dan hasil cipta
terbaharu saya, menurut DBP, tidak sesuai diterbitkan. Saya amat kecewa. Keadaan ini memberikan saya
kefahaman bahawa itulah nasib penulis, apabila berhadapan dengan situasi amat bergantung harapan pada
sesebuah penerbit. Rakan-rakan saya di Thailand sudah lama mengubah cita rasa mereka. Saya perlu serius, kalau begitulah keadaannya,
dalam menentukan hala tuju dalam bidang penulisan kreatif. Terus terang, saya ingin memainkan peranan yang
lebih besar, selepas DBP sendiri mengangkat saya sebagai penerima S.E.A Write Award. Rupa-rupanya rezeki ketika itu tidak berpihak kepada saya.
Saya mengalah, tetapi tidak beralah! Memetik Mawar (2OO3) habis terjual sebaik-baik diumumkan menerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2OO2-2OO3. Saya mengulang cetaknya, 1OOO naskhah lagi (2OO4). Demikian juga dengan Sajak-sajak Sempena: Citra Kurnia, yang disempurnakan pelancarannya di Radio Televisyen Malaysia (RTM) oleh Y.B.

Datuk Zainuddin Maidin, pada 1O April 2OO4, ketika itu Timbalan Menteri Penerangan, diulang cetak 1OOO naskhah
juga (2OO5). Selanjutnya saya menerbitkan pula kumpulan lanjutan siri “sajak-sajak sempena”, iaitu “Sajak-sajak Sempena: Sukma Cemara” (2OO6).
Sajak yang terkumpul dalam kumpulan-kumpulan ini sebenarnya sajak yang pernah saya deklamasikan dalam pelbagai majlis, dan paling banyak yang
Sajak yang terkumpul dalam kumpulan-kumpulan ini sebenarnya sajak yang pernah saya deklamasikan dalam pelbagai majlis, dan paling banyak yang
dideklamasikan melalui TV1, RTM. Saya percaya tiada penerbitan yang sudi menerbitkan kumpulan-kumpulan seperti ini, tetapi saya yakin bahawa khalayak pembaca sajak tidak pernah berkurang.
Saya ada sedikit pengalaman di London; orang sesak di rak yang penuh terisi buku sajak. Begitu juga semasa
Saya ada sedikit pengalaman di London; orang sesak di rak yang penuh terisi buku sajak. Begitu juga semasa
di Washington D.C., di Taipei, Taiwan R.O.C, ada toko buku 24 jam. Rak buku sajak silih berganti dikunjungi pembeli.
Di Singapura, ada kedai buku yang besar, ada rak yang panjang, penuh dengan buku sajak. Kumpulan baharu saya,
Sajak-sajak Sempena: Sukma Cemara pada masa ini juga mula mendapat sambutan yang baik, dan menanti ketikanya untuk
diulang cetak.
Kejayaan Memetik Mawar membuka ruang yang lain. Saya mendaftar untuk membuka Penerbitan Citra Kurnia Enterprise.
Citra Kurnia Enterprise mula beroperasi pada tahun 2OO4. Pendaftaran penerbitan sendiri ini memberikan banyak
kesempatan dalam menerbitkan karya sendiri dan membukakan dimensi yang lebih indah lagi menyelesakan. Namun,
menerbitkan sendiri karya rupa-rupanya sering dipandang serong oleh sesetengah pihak. Saya berasakan sebaliknya. Sudah tiba masanya bagi saya,
kegiatan menerbitkan sendiri karya disorot dari sisi yang lebih positif dan terbuka.
Ia bukan kerja yang remeh. Antara lain, menerbitkan sendiri karya boleh memberikan kepuasan yang maksimum.
Ia bukan kerja yang remeh. Antara lain, menerbitkan sendiri karya boleh memberikan kepuasan yang maksimum.
Jika manuskrip diterbitkan penerbit lain, seawal tahap penilaian kita sudah pun berada dalam kondisi yang serba
membimbangkan. Penerbit akan menentukan sama ada manuskrip boleh diangkat ke jawatankuasa editorial,
jawatankuasa penerbitan, menentukan hiasan kulit hadapan buku, konsep, saiz, jenis kertas, fon yang hendak
digunakan, dan sebagainya lagi. Ada antaranya yang terpaksa kita terima dengan hati yang kurang senang.
Sebagai penulis, kita menanti dengan penuh debaran. Sedangkan, hal ini boleh ditentukan sendiri sekiranya
kita yang menerbitkannya. Mungkin ada penerbit yang bersikap sambil lewa, manuskrip terperap bertahun-tahun lamanya, hiasan kulit hadapan yang kurang memuaskan, royalti yang tidak berpadanan, naskhah jualan
yang entah berapa, dan berbagai-bagai kemungkinan lagi yang akan berlaku.
Semua ini tidak dirasai jika kita sendiri yang menerbitkannya. Saya meminta jasa baik isteri, yang kebetulan
Semua ini tidak dirasai jika kita sendiri yang menerbitkannya. Saya meminta jasa baik isteri, yang kebetulan
ada pengalaman penerbitan untuk hiasan kulit hadapan dan kebetulan juga berkemahiran dalam bidang bahasa
Melayu untuk melihat dari segi isinya dan penyuntingan. Saya menentukan segala-gala mengikut cita rasa saya, termasuk harga jualan. Jika rajin menjualnya, merata-rata pula, akan pulanglah modal. Untung sesekali dapat juga dinikmati. Yang lain ialah kepuasan!
Kepuasan sebenar menerbitkan sendiri karya adalah setelah kita melihat semua tenaga dan perahan akal yang
Kepuasan sebenar menerbitkan sendiri karya adalah setelah kita melihat semua tenaga dan perahan akal yang
dicurahkan menjadi realiti. Kepuasan sebagai penulis bertambah apabila karya sampai di tangan pembaca.
Ada karya yang baharu tercipta sudah termuat dalam kumpulan yang dicetak. Hal ini menyeronokkan pembaca
kerana tidak perlu menunggu karya yang sudah usang atau lapuk tiba ...
No comments:
Post a Comment