ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Thursday, January 17, 2013

KETAM DAN MANUSIA


DALAM MANUSIA ADA KETAM (MANUSIA KETAM)

DALAM KETAM ADA MANUSIA (KETAM MANUSIA)

 

Kata manusia pada ketam :

 

Aku hairan melihat

kenapa ketam itu berjalan tak betul

jika ia sendiri tidak betul

bagaimana menyuruh dan mengajar anaknya berjalan betul

selamanya ia berjalan tak betul

dan songsang dengan manusia

 

Jika berjalan

mesti pandang depan

bukan pandang belakang

atau mengiring seperti ketam

 

 

Kata Ketam pada manusia :

 

Aku hairan melihat manusia

setiap masa sibuk

hingga suntuk masa

tak pernah habis

malah bertambah-tambah dengan

ajaran dan peraturan yang pelbagai macam

dari doktrin-doktrin

rukun-rukun

fatwa-fatwa

sampailah kepada akta-akta

pekeliling-pekeliling

dan memo-memo

menghabiskan masa

membuat segala macam

peraturan dan mengawas perlaksanaan

peraturan-peraturan

dari peraturan lalulintas jalanraya

peraturan datang ke pejabat dan

peraturan berpakaian

dan mahkamah

peraturan makan dan minum

serta memelihara rambut

manusialah sebenarnya yang berjalan tak betul

menghabiskan waktu

mendandan muka

memelihara rambut,

menahan makan dan minum

untuk menguruskan badan

menelan kapsul dan jamu

memperkuatkan bahagian anggota badan

mengumpulkan harta dan ringgit

menentukan jenis darah

dan keturunan serta status dan gelaran

berkelahi dan berbunuhan

menindas dan menipu

sesamanya.

 

Aku sesungguhnya tidak pernah

menyuruh dan mengajar anak-anakku

berjalan betul

kerana yakin

bahawa cara nenek moyangku

cucu cicit

entah berapa generasi

berjalan telah betul

dan sempurna

 

Siapakah sebenarnya

yang mengajar dan menyuruh

Anaknya berjalan betul

Ketam atau Manusia?

 

 

Ir. Shuhaili bin Che kob                    Shah Alam, Selangor

 

No comments:

Post a Comment