FENOMENA KERUNTUHAN AKHLAK DI MALAYSIA MASA KINI MEMBIMBANGKAN
(KRITIKAL)
(satu pemerhatian perlukan rawatan lanjut)
Ir. SHUAILI BIN CHE KOB, P.ENG, MIEM, MBA
Ahli Panel Pengajian SPACE (UTM)
************************************************************************
Pembedahan isu-isu kehidupan masyarakat
Berita Harian 24 September 2012 membuka mata dan hati untuk sama-sama kita
fikir dan renungkan. Seterusnya mencari keadah atau cara penyelesaiannya.
Sekurang-kurang beban gejala penyakit sosial dan akhlak ini dapat dikurangkan
demi untuk melihat genarasi akan datang hidup harmonis.
(Teknologi dan moral dan akhlak tidak
pernah harmoni antara satu sama lain. Dalam suasana teknologi berkembang pesat
dan maju, moral dan akhlak pula semakin lemah serta tidak dipentingkan.)
______________________________________________________________________
" Cinta punca
ramai gadis lari rumah"
Kuala Lumpur: Lari mengikut kekasih dikenal
pasti salah satu faktor utama remaja termasuk gadis sunti yang masih bersekolah
rendah lari dri rumah. Mengikut statistik polis bagi tempoh 2010 hinggga jun
lalu, bahana cinta itu adalah punca kedua tertinggi mereka yang berumur 17
tahun ke bawah lari dari rumah dengan kebanyakkan daripada mereka Melayu.
1,309 kes remaja lari rumah ikut kekasih. 97.6 peratus babitkan remaja
berusia 9- 17 tahun.
"Sebahagian besar tidak tahu
langsung ke mana anak pergi waktu malam dan selepas waktu sekolah. Mereka
juga membenarkan anak bermalam di luar"
-Mohamed Fadzil Che Din
Presiden Lembaga Kaunselor
Profesional Malaysia.
________________________________________________________________________
"Filem cinta
pengaruhi jiwa remaja"
Lambakan filem dan drama berunsur cinta
mempunyai pengaruh kuat yang membuai perasaan remaja sehingga sanggup lari dari
rumah mengikut kekasih.
"Hiburan untuk remaja perlu
diseimbangi dengan siaran berunsur kekeluargaan dan patriotik yang dapat
memberi impak positif untuk pembinaan insan berkualiti dan produktif"
-Lee Lam Thye
Naib Presiden Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia.
_______________________________________________________________________
Perompak berputih mata. Cubaan larikan
mesin ATM guna pacuan empat roda gagal.
"Mereka cuba menarik mesin terbabit
menggunakan Toyota Hilux namun gagal. Loceng penggera keselamatan bank berbunyi
dan suspek terus melarikan diri"
- Jauteh Dikun
Ketua Polis Daerah Kota
Kinabalu
_______________________________________________________________________
Lelaki disyaki ragut
guru ditahan
Kota Bharu: Polis
memberkas seorang lelaki dipercayai terbabit dalam kes ragut seorang guru
jumaat lalu sehingga menyebabkan mangsa parah digilis kereta dinaiki penjenayah
berkenaan..
________________________________________________________________________
Suspek rogol pelajar
dicekup
Kapar : Seorang
remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan, selepas disyaki merogol seorang pelajar
Tingkatan Tiga Sekolah Menengah, di sini minggu lalu.
_______________________________________________________________________
Lebih 70 Mat Rempit
termasuk wanita ditahan
Melaka Tengah: Lebih 70 Mat Rempit termasuk remaja perempuan ditahan dalam operasi
membanteras lumba haram di Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ)
berhampiran Semambok di sini, pagi kelmarin.
________________________________________________________________________
Isteri orang temui
kekasih warga Pakistan ditahan
Kapar : Seorang
wanita sanggup memandu kereta sejauh 100 kilometer untuk menemui
kekasihnya warga Paksitan, sebelum ditahan penduduk dan polis di Taman Sri
Kerayong, di sini, tengah malam semalam.
_______________________________________________________________________
KESAN DARI PENDEDAHAN INI MENUNJUKKAN
BAHAWA:
1.
Krisis moral dan akhlak
berpunca dari kedangkalan kita tentang ilmu agama yang akhirnya membawa kita hilang identiti dan tidak mengenal makna diri.
2.
Keruntuhan moral dan akhlak ini
adalah antara lainnya berpunca daripada perubahan susunan masyarakat yang lebih mementingkan budaya barat
sebagai satu cara hidup yang
'bermoral' konon. Pergaulan bebas tanpa batas, tradisi dan nilai-nilai agama terutama antara lelaki dan perempuan
tenggelam dalam pelbagai gaya hidup bebas yang
dinamakan moden, kehidupan budaya 'hippies', berpeleseran, lepak, bersekedudukan memberi gambaran betapa
tenatnya krisis tersebut yang berpunca dari
kurangnya asuhan, didikan dan ajaran agama
3.
Kesan dari penceraian
menyebabkan krisis sosial dialami oleh anak-anak dan juga pasangan yang bercerai.
4.
Selain dari mementingkan
kebendaan, masyarakat kita hari ini menjadikan hiburan sebagai sebahagian 'budaya' hidup. Dengan teknologi moden,
berjaya mengubah rumah-rumah
kita menjadi kelab-kelab hiburan di mana TV, video, karaoke dan lain-lain menjadi santapan rohani
kita.
5.
Melalui media massa, Barat
berjaya menyediakan pelbagai bentuk hiburan yang mengasyikkan. Pencemaran budaya menular dalam kehidupan
masyarakat kita sukar dihapuskan
sebagaimana berlakunya pencemaran alam sekitar.
6.
Dasar pembangunan negara
sehingga kini dipisahkan dengan nilai-nilai agama, ia menjadi sistem sekular
7.
Justeru itu marilah kita
kembali kepada ajaran Islam setelah kita jauh terpesong dan tersesat arah. Kembali ke pangkal
jalan. Ke jalan yang betul. Usaha ini memerlukan penglibatan semua pihak.
8.
Kebebasan/hak individu yang
termaktub dalam perlembagaan telah mengorbankan kebebasan masyarakat/rakyat.
9.
Masyarakat tidak lagi berfungsi
sebagai pengawal disiplin dan tingkah laku ahlinya kerana setiap individu mempunyai hak dan kebebasan
tersendiri.
10.
Kehidupan bermasyarakat tidak
lagi wujud kerana ciri-ciri individualisme telah mematikan segala ikatan dan tanggungjawab masyarakat.
11.
Bekas Peresiden, Richard Nixon
dalam bukunya ' Beyond Peace' mengakui bahawa masyarakat
Amerika dilanda pelbagai penyakit sosial- mutu pendidikan yang rendah, jenayah dan kekejaman berleluasa, kemiskinan
merata, dadah, pepecahan kaum, keruntuhan
budaya, kemusnahan tanggungjawab awam dan kekosongan rohani menyebabkan rakyat Amerika semakin terputus
hubungannya dengan negara, keluarga
dan agama. Penyakit itu menular di negera kita pula mengikuti jejak langkah Amerika.
12.
Keruntuhan institusi keluarga,
masyarakat dan sosial adalah petanda kepada keruntuhan
peradaban. Peradaban akan musnah apabila institusi masyarakat hilang fungsinya.
RUMUSAN
Kupasan atau pendedahan keruntuhan moral dan
akhlak institusi keluarga, masyarakat dan sosial masa kini memberi petanda
kepada bermulanya keruntuhan peradaban manusia. Peradaban akan musnah apabila
institusi masyarakat hilang fungsinya. Masyarakat tidak lagi berfungsi sebagai
pengawal disiplin dan tingkah laku ahlinya kerana setiap individu mempunyai hak
dan kebebasan tersendiri.
Kehidupan bermasyarakat tidak lagi wujud
kerana ciri-ciri individualisme telah mematikan segala ikatan dan tanggungjawab
masyarakat.
Jelas kini bahawa budaya selain dari budaya
agama Islam telah gagal untuk membentuk sebuah kehidupan masa kini buat manusia
seluruh dunia. Kembalilah kepada Islam. Kembali kepada Al-Quran dan Al Sunnah
sebagai pedoman hidup dunia dan akhirat.
No comments:
Post a Comment