JIKALAH JIKA
Jika lama sudah bara dipegang
Tidak juga menjadi arang
Jika lama sudah jala dipasang
Ikan tidak juga datang
Jika puas sudah memecah ruyung
Masih didapati isinya kosong
Jika puas sudah melabur menabung
Masih tidak mendapat untung
Jika berkali sudah air bah
Pasir tidak juga berubah
Jika banyak sudah air disimbah
Mandi tidak juga basah
Jika jenuh sudah berjagung
Padi tidak juga masak
Jika tinggi sudah mendaki gunung
Tidak juga sampai ke puncak
Maka usah kecewa usah hiba
Kerana bukan semua usaha boleh berjaya
Sebagai manusia sebagai hamba
Tugas kita sekadar berusaha
Selebihnya Allah punya kuasa
Yang menentukan keberhasilan kita
EHSAN JAMILY Tmn Desa Baru, Melaka
No comments:
Post a Comment