ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Monday, August 31, 2009

kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......


kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....


kate sedare,
kawan tu macam makanan,
kawan makan kawan!!

kata atuk
kawan itu seperti air yang mengalir...

kata nenek
kawan itu seperti bak bulan
dipuja dan disanjung tapi nun jauh di sana...

kata abang
kawan itu seperti lembu
mengikut saja apa dikata...

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tapi sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia tetap kawan aku..
Jika kejahatan dibalas kejahatan – dendam
Jika kebaikan dibalas kebaikan – perkara biasa
Jika kebaikan dibalas kejahatan – zalim
Jika kejahatan dibalas kebaikan – mulia dan terpuji.
Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya .

Kata-kata sembarangan – wujudkan perselisihan
Kata-kata kejam – menghancurkan kehidupan
Kata-kata cermat dan teliti – meredakan ketegangan
Kata-kata halusi penuh cinta dan kasih sayang – menyembuh dan diberkati
Berfikir – pokok kemajuan
Akal – Menteri yang menasihati
Hati - Raja yang menentukan
Hidup tanpa pegangan ibarat biuh-biuh sabun, bila-bila masa saja ia akan pecah.


Jika kita mahu membuat sesuatu, kita cari jalan. Jika kita tidak mahu buat sesuatu, kita cari alasan
Terkadang ada saat-saat dalam hidup ketika engkau merindukan seseorang begitu dalam, hingga engkau ingin mengambilnya dari angan-anganmu, lalu memeluknya erat-erat!
Ketika pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka;tetapi, seringkali kita memandang terlalu lama pada pintu yang tertutup hingga kita tidak melihat pintu yang lain,yang telah terbuka bagi kita
Terima kasih
Satu ketika itu
Memimpin tanganku
Mengumpul keyakinan jitu
Anyaman kasih restu
Meresap kalbu
Melengkapkan sebahagian dari kesempurnaan hidup
Kekadang terlalu berat rupanya
Untuk mengucapkan sepatah kata itu
“I Love You”
Kemaafan kumohon
Atas kekasaran
Atau keterlaluan
Masa silam
Mereka yang paling berbahagia tidaklah harus memiliki yang terbaik dari segala sesuatu;mereka hanya mengoptimakan segala sesuatu yang datang dalam perjalanan hidup mereka.Masa depan yang paling gemilang akan selalu dapat diraih dengan melupakan masa lalu yang kelabu; engkau tidak akan dapat maju dalam hidup hingga engkau melepaskan segala kegagalan dan sakit hatimu
HADIAH TERBAIK

Kepada kawan – kesetiaan
Kepada Musuh – kemaafaan
Kepada Ketua – khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi dan kesetiaan mereka
Kepada Pasangan – Cinta dan kesetiaan
Kepada manusia - kebebasan
MALU
Berita Minggu, 13 Julai 2003

Letakkan ia
malu itu
antara adab dan santun
malu bercakap bohong
malu berlagak sombong
malu melemparkan fitnah
malu bermegah-megah
malu melakukan maksiat
malu berbuat jahat
Bukan malu
untuk maju ke depan
untuk bersaing dan bertindak
serta bertanya
untuk tingkatkan ilmu
amal, iman dan ehsan
bisu untuk cegah kemungkaran
sepi melihat penyelewengan
dan salah guna kuasa
Letakkan malu itu
pada tempat sewajarnya
malu itu iman.

Ir. Shuhaili Che Kob
Bandar Baru Selayang
JIWA MURNI (Karya Saya)
Berita Minggu : 10 Jun 2004
Hidup ini
biar seperti lebah
meski tinggal
diranting lembut
tapi ranting tak patah
tidak menyengat
jika tidak diusik
malah sebelum berlalu
meninggalkan madu

hidup ini
biar
ada makna
ada jasa

Ir. Shuhaili Che Kob
Shah Alam, Selangor

Friday, August 28, 2009

Telah kacau Peradaban ini

TELAH KACAU PERADABAN INI
Berita Minggu : 27 April 2003
Dia menjual dusta dan pembohongan
dengan sejuta keazaman
menghapus keganasan
nuklear dan senjata kimia
Tak peduli airmata siapa dititiskan
disembelihnya kemanusiaan
rakus nafsu dan gila kuasa
tidak pernah sesekali
mengajarnya mengenal
erti belas kasihan
Mata dunia masih belum lelap
menatap detik kematian
tiap insan tak berdosa
di Bosnia, Afghanistan, Palestin
dan kini di Iraq
peluru tak bermata
tak pernah sesekali bertanya
siapa untuk meragut nyawa
Malapetaka apakah ini ?
mengundang bencana
dosa apakah ini
telah manusia cipta di muka bumi
hingga Tuhan Murka?
Tamadun apakah seterusnya manusia cipta
selepas perang ini
selain dari pencabulan tamadun manusia
bunuh membunuh?
Telah kacau peradaban ini
Ir. Shuhaili Che Kob B. Baru Selayang, Selangor
JEREBU

Berita Minggu (Mei 1997)

Keputihan yang membungkus
alam sekitar ini
sebenarnya tidak lebih dari
kesilapan kita sendiri
yang seringkali alpa
dalam memburu peradaban
hingga lupa hak
alam sekitar
Kitalah yang mengundang bencana
kitalah yang menjemput malapetaka
udara yang kita sedut seharian ini
tidak lagi sesegar dulu
asap tebal jerebu ini
terhasil dari tangan kita sendiri
yang merosakkan alam ini
Kita sebenarnya
kurang arif
mengurus alam sekitar
kita bakar hutan
kita tebang hutan
kita ratakan bukit
yang dulu menghijau
membekal udara segar
kerana semata-mata
rakus mengaut untung
kemudian sekaligus
mengaut bala
hingga akhirnya
menghadiahkan kita
padah
mengancam nyawa sejagat
betapa harga kemajuan
lebih mahal dari kesihatan
Tuhan sebenarnya
sedang menguji kita.

Shuhaili Che Kob TNB Bangi
H1N1

Rata-rata
di mana saja
klinik dan hospital kita
bertukar menjadi arus sungai
tidak sekadar mengalir sibuk
malah menadah kepingin ringgit
yang gugur bagai daun
di musim luruh
dan berpuluh nyawa anak kecil
yang tidak berdosa
turut jadi mangsa
kesan dari tangan manusia
PERHUBUNGAN

Kini
jauh jarak telah didekatkan
dekat kian dirapatkan
panjang masa telah disingkatkan
lama perjalanan telah dicepatkan
Semuanya memudahkan kita
Untuk berhubungan dan
Eratkan persaudaraan
Perhubungan darat pun sudah menjadi singkat
Perhubungan udara juga sudah menjadi dekat
Perhubungan laut juga menjadi cepat
segalanya memberi ingat
Perhubungan akhirat kian dekat