ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Friday, August 28, 2009

Telah kacau Peradaban ini

TELAH KACAU PERADABAN INI
Berita Minggu : 27 April 2003
Dia menjual dusta dan pembohongan
dengan sejuta keazaman
menghapus keganasan
nuklear dan senjata kimia
Tak peduli airmata siapa dititiskan
disembelihnya kemanusiaan
rakus nafsu dan gila kuasa
tidak pernah sesekali
mengajarnya mengenal
erti belas kasihan
Mata dunia masih belum lelap
menatap detik kematian
tiap insan tak berdosa
di Bosnia, Afghanistan, Palestin
dan kini di Iraq
peluru tak bermata
tak pernah sesekali bertanya
siapa untuk meragut nyawa
Malapetaka apakah ini ?
mengundang bencana
dosa apakah ini
telah manusia cipta di muka bumi
hingga Tuhan Murka?
Tamadun apakah seterusnya manusia cipta
selepas perang ini
selain dari pencabulan tamadun manusia
bunuh membunuh?
Telah kacau peradaban ini
Ir. Shuhaili Che Kob B. Baru Selayang, Selangor

No comments:

Post a Comment