JEREBU
Berita Minggu (Mei 1997)
Keputihan yang membungkus
alam sekitar ini
sebenarnya tidak lebih dari
kesilapan kita sendiri
yang seringkali alpa
dalam memburu peradaban
hingga lupa hak
alam sekitar
Kitalah yang mengundang bencana
kitalah yang menjemput malapetaka
udara yang kita sedut seharian ini
tidak lagi sesegar dulu
asap tebal jerebu ini
terhasil dari tangan kita sendiri
yang merosakkan alam ini
Kita sebenarnya
kurang arif
mengurus alam sekitar
kita bakar hutan
kita tebang hutan
kita ratakan bukit
yang dulu menghijau
membekal udara segar
kerana semata-mata
rakus mengaut untung
kemudian sekaligus
mengaut bala
hingga akhirnya
menghadiahkan kita
padah
mengancam nyawa sejagat
betapa harga kemajuan
lebih mahal dari kesihatan
Tuhan sebenarnya
sedang menguji kita.
Shuhaili Che Kob TNB Bangi
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment