ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Tuesday, January 19, 2010

AKU, ENGKAU DAN KENANGAN (UTUSAN MALAYSIA, 5/10/90)

Siapakah itu di sana
di penjuru jendela
melempar batu berwajah suram
mengukir seribu duka di dada

Engkaukah
menguntum senyuman
datang membawa
kenangan di hujung senja

Kitakah yang pernah berlari di sini
atau akukah yang terasa kini
kembali membuka kenangan silam

Akulah itu
termenung di jendela
gagal mencari musim baru
lebih pasti.

Shuhaili Che Kob
Machang, Kelantan.

SEPASANG MATA (UTUSAN MALAYSIA, 31/8/90)

Sepasang mata itu
tiapkali sering saja
sendiri
datang menyapa
menyatu ingat
pertemuan lalu
mata siapakah itu
kalau tidak matamu, kekasih
suatu waktu itu
matamu
mataku
bersatu
menjadi mata kita
melahirkan cinta
yang kini menjadi kenangan.

Shuhaili Che Kob
Machang, Kelantan

AIRMATA ITU DATANG LAGI (UTUSAN MALAYSIA 24/8/90)

Sekian musimnya
kaupaksa airmata
menitik disecarik kenangan
terbiar aku di arus itu
menabur mimpi
di lembah sunyi
menampang harapan
di pinggir kali
melaut kasih tak terbagi
kian itu jua kuharungi...
seperti kali terakhir itu
mencium harum mawarmu
tanpa mengenal rasa malu
tapi,
arus itu tetap menyesak
melarikan serpihan mimpi
berderai-derai harapan
dan airmata itu datang lagi
turunnya tak tertahankan.

Shuhaili Che Kob
Machang, Kelantan

Sunday, January 10, 2010

DEMIKIANLAH!

Demikianlah
kelmarin yang berdarah
tersentak pedih
Batang Rokan yang sedih
empat sekeluarga kejam disembelih

Segalanya terjadi di luar duga
darah mengalir di jiwa
pilu sayu mengalir di mata
pembunuhan tanpa belas kasihan
hilang sudah akal dan pertimbangan
lenyap sudah perikemanusiaan
bertindak mengikut kehendak hati
kerana kering sudah budi

Sungguh
mereka dibunuh
kejam
kejam
kejam?

Demikinalah
tiada lagi pekerti mulia
yang ada hanya ego dan kesombongan gila
sikap kurang ajar dan kebiadapan
hatinya
mengeras
menegring
membatu
manusia sudah bertukar wajah
menjadi binatang paling ganah

Thursday, January 7, 2010

HIKMAH BERDEPAN BALA

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Apabila Allah menyayangi seseorang hambaNya, Allah menguji dengan kesusahan pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta benda supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah dan bila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa"

Ada dua (2) jenis ujian :

1. Bala - bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman. Menghukum yang ingkar dan jika mereka insaf, akan hancur dalam kemusnahan.
2. Ibtila - kepayahan dan bencana ditimpa dalam bentuk ujian. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula insaf.

Firman Allah ," Masing-masing kami (Allah) seksa kerana dosanya; di antara mereka ada yang kami (Allah) kirimkan angin taufan (yang mengandungi pasir) dan di antara meraka ada yang diseksa oleh teriakan yang keras (terus mati) dan di antara ada yang kami (Allah) tenggelamkan (dalam lautan). Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Al-An Kabut : 40)

Tujuan didatangkan musibah supaya diampunkan dosa kerana dosalah menjadi penyebab datangnya bala. Umpamanya :

1. Allah azabkan kaum Nabi Nuh, lebih 6 bulan mereka ditenggelami banjir besar.
2. Kaum Luth, Allah terbalikkan lapisan bumi naik ke atas, manakala yang di atas dibenamkan ke perut bumi. Kesannya di Laut Mati, Jordan
3. Kaum Aad dan Thamud, mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
4. Qarun, tenggelam bersama kekayaannya hingga membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan.
5. Firaun yang mengaku dirinya Tuhan, tenggelam dalam laut bersama kekuasaannya, tentera dan gelarannya lemas.

Semua peristiwa tersebut berpunca dari dosa. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian tersebut

MUTIARA KATA

Perkataan itu seperti ubat
sedikit bercakap beri manafaat
banyak bercakap mudarat

KESAL SEORANG IBU YANG BEKERJA (Zurinah Hassan)

Anakku

Maafkan ibu

Meninggalkanmu setiap pagi

Melepaskan pelukanmu

Ketika kau ingin bermanja



Di meja ini mengadap kertas-kertas

Di meja ini mengadap tugas-tugas

Seseakli terganggu oleh matamu yang redup

Sekali terpanggil oleh suaramu yang sayup



Sekecil itu

Aku sudah meminta pengertianmu

Yang kita tidak dapat bermanja dengan hidup

Cable car Langkawi

Posted by Picasa

Wednesday, January 6, 2010

Melayan pelanggan di TNB Banting

Posted by Picasa

Semasa menjadi Pengurus Daerah TNB Banting

Posted by Picasa

Final sem. Lawatan ke KTM MBA UKM 2009

Posted by Picasa

Gambar kenangan MBA UKM 2009

Posted by Picasa

Selepas presentasi MBA 2009

Posted by Picasa

Final Year MBA UKM 2009

Posted by Picasa

KALAU KITA BERSAHABAT

Kalau kita bersahabat dengan kera
hilang bunga hilang selera
kalau kita bersahabat dengan burung
suara merdu tetapi terkurung

Kalau kita bersahabat dengan katak
tersilap lompat kena serkap
kalau kita bersahabat dengan ular
kena tangkap masuk sangkar

Kalau kita bersahabat dengan anjing
berebut tulang merampas daging
kalau kita bersahabat dengan lembu
banyak pisau sedang menunggu

Kalau kita bersahabat dengan gajah
berat beban banyak masalah
kalau kita bersahabat dengan kuda
kena tunggang selepas digoda

Kalau kita bersahabat dengan rusa
tanduk cantik tubuh binasa
kalau kita bersahabat dengan puyuh
banyak telur tidak riuh

Wadi Leta SA, KB, Kelantan

SELEPAS BANJIR

Buih sengsara
masih berapungan
di laut hidup

Awan duka
masih bertebaran
di atmosfera ketentuan

Sampah derita
masih merayap
di halaman pertimbangan

Peta kewarasan
masih berlumpur
di kamar keliru

Air mata pedih
masih menitis
di tikar harapan

Hanya pohon iman
tak tersungkur
di alur takdir

Mohd Kassim Mahmud, Kota Tinggi, Johor

GILA BOLA

Tidur bola
makan bola
minum bola
esok tidak ke sekolah

Gila bola
mata terjaga
seronok tidak terkira
lupa pergi kerja

Tidur bola
makan bola
minum bola
kena buang sekolah

Di sana sorak
di sini sorak
memecah kedamaian malam
merengek anak di dalam buaian terjaga
esok kena buang kerja

Brazil, Cameron, Iraq, Chile
merangkak bangun dinihari
meminati bintang pujaan berlari
sorak sana
sorak sini
bertaruh di sana
bertaruh di sini
harap-harap megena kali ini
jadi jutawan atau jumpa ceti

Waktu-waktu begini
baik bersolat malam
umur pun sudah reput
di hujung dahan
rumah kata pergi
kubur kata mari
di akhir nafas kosong tiada berisi

Ya'Amah Mohd Idris, Melaka

SESEKALI PULANGLAH

Masa dan tugas memisahkan kita
dari kehidupan dusun
aku tercampak dibawa angin kota
yang tebal debu-debu
dicakar ombak bandar raya
yang pekat masinnya

Kampung kita khabarnya sudah sepi
hanya tinggal ayah dan ibu
berbudi pada tanah
kita diajak cita-cita dan kerjaya
tinggal jauh di kota

Sesekali pulanglah
melihat kedut tua
ibu dan ayah tersayang
pulanglah menyedut angin nipis
membasuh resah dan payah.

Amran Saadin, KL

APA ADA PADA NAMA

Jika aku api
kaupanggil aku air
aku tetap api
menyala
membara
dan membakar

PUISI WASIAT AKHIR ZAMAN (Petikan dari 40 hadis peristiwa akhir zaman oleh Abu Ali AL Banjari An Nadwi)

Semuanya sudah nyata depan mata
antara nampak dengan tidak cuma
dari timur sampai ke barat
perang terjadi kian hebat
tak nampak kesudahan kelibat
entah berapa angka manusia tak berdosa
menjadi mayat

Harta dunia jadi idaman
wang dianggap Tuhan
hilang sudah malu dan segan
rasuah jadi amalan
ramai tak mengira dari mana beroleh harta
halal haram tidak dibeza
asal cepat jadi kaya

Kain sutera jadi pakaian
para artis jadi pujaan
menari nari lupa daratan
macam kera dalam hutan

Para ulama pula cari dunia
banyak fatwa mudah dikata
hukum hakam direka-reka
asal dapat wang dan harta

Orang khianat disanjung-sanjung
orang amanah tidak didukung
pemimpin zalim bunga dikalung
Mujahid Islam di tali gantung
harta negara jadi rebutan
yang pegang jawatan pecah amanah jadi amalan
wang amanah diniagakan

Anak derhaka menjadi jadi
didikan Islam tidak diberi
anak tidak mengenang budi
ibu bapa dibuat abdi

Banyak sekali tempat maksiat
siang dan malam meruntuh umat
banyak maksiat orang lakukan
bala akan turun sebagai balasan
gempa yang dahsyat dan mengegarkan
hujan berkurang cuaca panas
makin bertambah pelaku ganas
budaya lepak segan dan malas
dadah dihisap arak segelas

Zalim pemimpin pasti dirasai
bila zakat tidak diberi
kemarau panjang pasti terjadi
dan urusan diserahkan kepada orang yang bukan petah
maka akan terjadilah kehancuran dan punah musnah

Ibadah haji sudah terpesong
orang kaya hanya melancong
orang miskin mencari untung
setiap tahun pergi Mekah
wang dibelanja melimpah ruah
jiran  miskin di sebelah rumah
tidak dibantu dan diambil kisah

Banyak orang hidup bergaya
semua dapat dicapai segera
ilmu canggih dan hebat
dunia jauh menjadi dekat
insan hilang martabat
hidup dan fikirnya dah ala barat

Nasib agama di akhir zaman
kembali asing dari pandangan
ramai orang sudah lupakan
Rukun Islam dan Rukun Iman
Ilmu agama beransur hilang
Para Ulama kian berkurang
Ilmu dunia makin cemerlang
jadi tumpuan semua orang

ANAK SIAPA

Entah anak siapa
gerangan dia
entah agama apa
anutan dia
bertudung kepala
baju ketat
seluar sendat
nampak pusat

Aladin Mohamad, Melaka

SEKADAR RENUNGAN

Bergunung manapun harta
bukanlah kaya namanya
jika miskin budi bahasa

Melangit manapun ilmu
bukanlah bijaksana namanya
jika tak diamal guna

Segagah manapun diri
bukanlah pahlawan namanya
jika nafsu tidak dilawan

Sealim manapun warak
bukanlah ulama namanya
jika takbur dan riak

Secantik manapun rupa nan ayu
bukanlah ratu namanya
jika buruk tingkah laku

Setinggi manapun darjatnya
bukanlah mulia namanya
jika tiada iman di dada

Ehsan Jamily, Muar

DIHOSPITAL (2)

Engkau terimalah hakikat
engkau sekarang bukan engkau dahulu
hidupmu sekarang bukan seperti dahulu
ubahlah cara hidup
ubahlah gaya makan

Dahulu engkau segar sesegar daun hijau
kini engkau kuning, layu dan kering
dahulu segar bugar penuh tenaga
kini longlai tanpa cahaya
dahulu perkasa
kini tak bermaya

Terimalah hakikat
kini bukan masalalu
yang penuh bunga-bunga
terimalah perubahan hidup
ubahlah gaya makan
makan bukan mencari kenikmatan
sekadar menyambung kehidupan

Sabar Bohar, Shah Alam

CIRI-CIRI PEMIMPIN BERKESAN

1. berilmu
2. adil
3.jujur dan amanah
4. berkemampuan
5. tidak sombong
6. sabar
7. bersahsiah pemimpin
8. sedia menerima teguran dan kritikan
9. menghargai dan menghormati kawan
10.pandai mengimbangi antara kuasa dan pengaruh
11. sayang pada orang yang dipimpin
12.merendah diri dan berzuhud
13.menjaga masa
14.bertanggungjawab
15.berdisiplin dan beretika
16. uswah hasanah dan lisanul hal
17. sedia memaafkan orang lain
18.suka melindungi pihak yang lemah
19. pemurah
20. menghormati agama, ulama dan guru-guru
21. bersemangat kumpulan
22.berhikmah atau berdiplomasi
23. tegas dan mempunyai azam yang kental
24. patuh
25.mempunyai misi dan wawasan yang jelas
26. berpandukan iman dan taqwa
27. beriltizam dan cekal
28. pintar berkomunikasi
29. bijak dan berani membuat keputusan
30. peka pada persekitaran
31. pandai menerajui perubahan

DOA

Doa itu ibadah
doa itu senjata
doa itu ubat
doa itu pintu kebajikan
doa untuk diri dan ibu bapa
doa untuk saudara seagama sebangsa
yang dekat mahupun jauh

Berdoalah di kala senang
akan dimakbulkan di kala susah
berdoa di kala sihat
akan disembuhkan di kala sakit
berdoa di kala gembira
akan ditolong di kala duka

Doa dan usaha pancing bertali sakti
diikat kejap tersimpul mati
doa tanpa usaha itu bohong
usaha tanpa doa itu sombong

Khadijah Hashim. KL

Tuesday, January 5, 2010

BANJIR KILAT


(27 Februari 2006 - TTDI Shah Alam)



Semalam, seawal pagi dinihari

kampung kami di Shah Alam

dilimpahi banjir kilat

memenuhi setiap ruang

laman rumah tak selamat

tanpa kasihan

datang merampas ceria kami sekampung.



Sebenarnya engkau adalah bencana

terhasil cipta daripada tangan manusia

kerana membunuh kehijauan alam

mengejar kehijauan ringgit

lumpur dan lembah di tambak membukit

menjadi benteng dan hutan batu melangit.



Kami masyarakat setempat

rimas cemas tak tersukat

resah gusar menjalar tak tercatat

sekelip mata terlelap harta benda musnah lesap.



Kami mangsa keadaan

di tengah rakus pembangunan

peradaban tak terancang

oleh pihak yang berkepentingan

mengabaikan hak alam sekitar

mencipta seribu onar

merampas kebahagiaan milik kami.


Berita Minggu 9/4/06


IR SHUHAILI CHE KOB

Seksyen 20, Shah Alam
KALAU NAK TAHU ORANG YANG RUGI (EHSAN JAMILY )


Orang sudah bangun pagi

dia masih diulit mimpi

orang sudah ke sawah padi

dia masih di rumah lagi.



Orang sudah berjalan pergi

dia masih menunggu menanti

orang sudah jauh berlari

dia masih tercegat berdiri.



Orang merebut peluang

diberi

dia langsung tak ambil

peduli

orang untung berguni-guni

dia termenung menggigit

jari.



Orang belajar di IPT

dia belajar di pusat serenti

orang mendapat jawatan

tinggi

dia merempat menjadi kuli.



Orang berusaha sepanjang

hari

dia berangan syok sendiri

orang menabung berpeti-peti

dia berkabung menyesali diri.



Taman Desa Baru, Melaka

Berita Minggu, 17 Februari 2008
DENGAN BAHASA API  (WADI LETA S.A.)


Dengan bahasa api

mereka berhujah tentang kertas

maka terbakarlah dewan dan pentas

debu dan asap memenuhi

lantai yang panas.



Dengan bahasa api

mereka bertelagah tentang tali

maka leburlah jalinan ukhuwah

antara meja dan kerusi

antara dinding dan kipas.

Dengan bahasa api

mereka berbantah-bantah tentang bunga

maka gugurlah kelopak-kelopak keindahan

di taman yang dipenuhi duri

di halaman yang dipenuhi kaca.


Dengan bahasa api

mereka berbalah tentang bulan

maka reduplah langit kehidupan

muramlah bumi dilitupi kegelisahan

tiada lagi nyanyian membuai kebahagiaan.



Kota Bharu, Kelantan.

Berita Minggu, 20 Januari 2008

CIRI-CIRI PERSONALITI UNGGUL

1. berdaya kreatif tinggi, konstruktif, saintifik, progresif, inovatif, kritikal, global dan analitikal
2. pemikiran rasional, terbuka, berpandangan jauh, berketrampilan, berkarisma, bebas dan yakin
3. berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
4. bercita-cita, bersemangat dan berwawasan jelas serta sentiasa berusaha mencapai kejayaan cemerlang
5. berdaya tahan, daya saing tinggi dan berdikari serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan kemahiran    pengurusan tinggi
6.kualiti kepimpinan tinggi, mampu memujuk, mengarah dan menggerakkan pasukan
7. sifat jati diri dan patriotik
8. beretika dan berkahlak mulia

Macam-macam

Macam-macam
ada ikan nak terbang
meski ia tahu
selamanya ia tak boleh terbang

ada burung nak berenang
walau ia tahu sedar
selamanya ia tak mampu berenang

Ir ShuhailiCK

KALAULAH

Kalaulah
tong sampah itu
semak samun itu
tandas itu
longkang itu
boleh berkata-kata
tentu saja mereka
dapat menceritakan
mengenai bayi
yang ditinggalkan
nescaya terbongkarlah rahsia
identiti diri yang empunya
bayi itu

Aladin, Melaka

MENGAJI

Dulu
ayah memberi aku
sebekas pulut kuning
sesikat pisang
pada ustaz

Kini
aku memberi anak-anakku
wang yang telah ditetapkan
pada ustaz

Ir ShuhailiCK

PERMAINAN CONGKAK

Dulu
kita banyak menghabiskan masa
bermain congkak
di bawah rumah

Kini
anak-anak kita
banyak menghabiskan masa
bermain congkak
di internet komputer

Ir ShuhailiCK

1 MALAYSIA

Melayu adalah kita
Cina adalah kita
Indai adalah kita
semuanya adalah kita
Malaysia ini rumah kita

Ideologi dan fahaman
politik dan perkauman
muda dan tua
baru dan lama
buangkan saja segala prasangka di hati kita
mari kita bina sebuah jambatan mulia
menyederhanakan pengertian semua
buat kita
memacing persefahaman
sama-sama menikmati keharmonian
semeja
sambil membentangkan
peta silaturrahim

Ir shuhailiCK

Monday, January 4, 2010

KETIDAKCEKAPAN PENTADBIRAN

DEFINISI
Ketidakcekapan pentadbiran adalah tingkahlaku pentadbiran yang disfungsi atau menghalang pencapaian matlamat organisasi sehingga mewujudkan keadaan kelam kabut. Salah tadbir berpunca dari ketidakcekapan para pengurus yang tidak tahu bagaimana atau menggalakkan orang lain memotivasikan pekerja, meningkatkan prestasi dan menjimat masa dan sumber lainnya.

TANDA-TANDA PEMIMPIN YANG TIDAK CEKAP
1. Tidak mampu asingkan antara kehidupan peribadi dengan profesional. Masalah peribadi dibawa bersama.
2. Suka mengaibkan orang bawahan
3. Tidak menyokong orang bawahan
4. Berlagak lain di depan Bos
5. Tidak suka menerima kritikan
6. Mewujudkan suasana di mana kesilapan tidak boleh diterima
7. Mengggalakkan pekerja rajin, bukan pekerja pintar
8. Menilai pekerja mengikut jumlah jam yang dikerjakan bukan prestasi
9. Memberi tugas secara sembarangan
10.Merupakan pengurus krisis bukan perancang
11.Mengurangkan jawapan 'Ya' atau 'Tidak' sahaja, tanpa memberikan pemikiran di sebalik cadangannya.

BENTUK KETIDAKCEKAPAN YANG LEBIH TERUK
1.Niat jahat. Pengurus ini sengaja menyebabkan orang bawahannya menderita sehingga sampai kepada saat pemecatan terancang atau meletak jawatan kerana terlalu kecewa.
2.Ketidakcekapan intelektual. Pengurus ini lembap akalnya dan mudah salah faham terhadap orang bawahannya atau proses
3.Gangguan. Pengurus ini suka membuat gangguan, baik ancaman seks atau mewujudkan sekitar kerja yang belot.

TINGKAH LAKU PENTADBIR YANG DISFUNGSI
1. Mementingkan diri sendir sehingga menjejaskan orang bawahannya, pengurus ini suka mengampu Bosnya
2.Tumpuan kepada perkara remeh temeh dengan menggunakan mikropengurusan yang menjijikkan pekerja dengan kepercayaan bahawa pekerja tidak cekap dalam membuat keputusan sendiri
3.Bersikap suka menyendiri dan tidak mengambil kisah terhadap pekerja bawahannya
4.Komunikator yang lemah, tidak pandai menyatakan pendapat dengan jelas
5.Bersifat pengecut : mempunyai pekerja bawahan yang lemah prestasinya tetapi dibiarkan saja kerana takut akan berlaku persengketaan
6.Kecuaian kewajiban. mempunyai pekerja bawahan lemah prestasi tapi memberi penilaian pretasi yang baik agar memudahkan pekerja tersebut untuk dipindahkan ke bahagian lain
7. Suka berahsia. sesetengah maklumat tidak diberikan pada waktunya, suka menyembunyikan maklumat sebagai taktik mengawal orang lain
8. Tumpuan pada rupa dan perkara yang lebih penting diabaikan
9. Tumpuan pada jangka pendek.Menggunakan taktik api padam dan ini mematahkan semangat orang bawahan
10. Keras kepala.Tidak dapat ubah fikirannya dan tidak peka pada keperluan orang bawahannya
11.Jangkaan yang tidak realistik Suka mendesak Orang bawahan dipersalahkan jika jangkaannya tidak dapat dicapai.
12. Ketaktekalan. Tidak menggunakan kriteria-kriteria yang sama pada keadaan-keadaan yang sama.

Sunday, January 3, 2010

ORANG KITA

Orang kita
selalu sangat suka cakap
tapi tak buat
biasanya gemar buat
tapi tak kena tempat
sentiasa asyik sembang dan sembang
tapi tak pernah sumbang
bila pula banyak cakap
selalu disalah anggap
bila banyak beri pandangan
dikatakan menentang
bila banyak beri pendapat
dituduh pengkhianat
bila tegas pertahan pendirian
terus digam
begitulah orang kita.

SUSILA

Dia selamanya adalah sebuah suara yang lembut
menyentuh kasih sayang dan sopan
membina teguh peribadi
mencintai warna jernih, mesra dan ramahtamah
mengusap lagu kesetiaan
tangan menyambut kasih abadi
tidak kan luntur budi
kau isteri
gadis manis
bunga segar susila
maafkan aku
suami yang tak tahu menghargai
erti segalanya

Perpustakaan

Sekali-sekala terasa begitu leper
memasuki ruang berisi ini
sekali-sekala terasa berisi
keluar dari ruang ilmu ini