BANJIR KILAT
(27 Februari 2006 - TTDI Shah Alam)
Semalam, seawal pagi dinihari
kampung kami di Shah Alam
dilimpahi banjir kilat
memenuhi setiap ruang
laman rumah tak selamat
tanpa kasihan
datang merampas ceria kami sekampung.
Sebenarnya engkau adalah bencana
terhasil cipta daripada tangan manusia
kerana membunuh kehijauan alam
mengejar kehijauan ringgit
lumpur dan lembah di tambak membukit
menjadi benteng dan hutan batu melangit.
Kami masyarakat setempat
rimas cemas tak tersukat
resah gusar menjalar tak tercatat
sekelip mata terlelap harta benda musnah lesap.
Kami mangsa keadaan
di tengah rakus pembangunan
peradaban tak terancang
oleh pihak yang berkepentingan
mengabaikan hak alam sekitar
mencipta seribu onar
merampas kebahagiaan milik kami.
Berita Minggu 9/4/06
IR SHUHAILI CHE KOB
Seksyen 20, Shah Alam
Tuesday, January 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment