ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Thursday, January 7, 2010

HIKMAH BERDEPAN BALA

Rasulullah s.a.w pernah bersabda "Apabila Allah menyayangi seseorang hambaNya, Allah menguji dengan kesusahan pada diri, keluarga, anak mahupun pada harta benda supaya dibersihkan daripada dosanya. Sekiranya dosa masih ada, Allah akan membuatkan matinya menjadi susah dan bila bertemu Allah dalam keadaan tidak berdosa"

Ada dua (2) jenis ujian :

1. Bala - bencana dan kesusahan ditimpa dalam bentuk hukuman. Menghukum yang ingkar dan jika mereka insaf, akan hancur dalam kemusnahan.
2. Ibtila - kepayahan dan bencana ditimpa dalam bentuk ujian. Ibtila yang melanda selepas menderita kepayahan dan keperitan, mereka mula insaf.

Firman Allah ," Masing-masing kami (Allah) seksa kerana dosanya; di antara mereka ada yang kami (Allah) kirimkan angin taufan (yang mengandungi pasir) dan di antara meraka ada yang diseksa oleh teriakan yang keras (terus mati) dan di antara ada yang kami (Allah) tenggelamkan (dalam lautan). Allah tidak menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri." (Al-An Kabut : 40)

Tujuan didatangkan musibah supaya diampunkan dosa kerana dosalah menjadi penyebab datangnya bala. Umpamanya :

1. Allah azabkan kaum Nabi Nuh, lebih 6 bulan mereka ditenggelami banjir besar.
2. Kaum Luth, Allah terbalikkan lapisan bumi naik ke atas, manakala yang di atas dibenamkan ke perut bumi. Kesannya di Laut Mati, Jordan
3. Kaum Aad dan Thamud, mati terkapar terputus jantung mereka kerana terkejut bunyi gempita suara tempikan malaikat.
4. Qarun, tenggelam bersama kekayaannya hingga membentuk satu tasik yang amat besar dengan airnya laksana lautan.
5. Firaun yang mengaku dirinya Tuhan, tenggelam dalam laut bersama kekuasaannya, tentera dan gelarannya lemas.

Semua peristiwa tersebut berpunca dari dosa. Mereka yang mendapat petunjuk menyedari hikmah di sebalik ujian tersebut

No comments:

Post a Comment