Jalan gelap kelam itulah
telah kulalui
kini mengenalkan aku
pada jalan lurus bercahaya
pahitnya hempedu itulah
yang kutelan
mengenalkan aku erti
manisnya madu
Sesudah itu
aku belajar dari alam
menjadi pengembara yang bijak
membaca peta
bahwa perjalanan yang keruh itulah
membawa kepada jernih
lalu atas kesedaran inilah
tidak aku pakukan lagi harapan
pada dahan yang rapuh
kerana pasti
sedetik akan jatuh ke tanah
setelah dahan itu patah
diri sendiri yang memikul padah
Jika aku berpeluang duduk
tak akan kududuk di hujung tanduk
pasti kelak jatuh terduduk
kesedaran membuka mata
insaf yang kacang itu pecah dari kulit
dan yakin sehari selembar benang
pasti melebar sehelai kain kejayaan.
Shuhaili Che Kob Kampus Desa, Kok Lanas, Kelantan.