ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Friday, February 19, 2010

PASIR-PASIR PUTIH DAN KEMANUSIAAN YANG HILANG (BERITA HARIAN 5/4/1991)

Rumah yang kaubakar
halaman yang kaumusnahkan
nyawa yang telah kaucabut
darah yang kaualirkan
ke laut Merah
adalah dendam
yang tak berkesudahan

Tiada siapa yang mahu mendengar
saat-saat itu suaraku
kecuali pasir-pasir putih memanjang
barangkali lebih memaklumi
dari manusia yang tiada kemanusiaannya
aku mahukan kedamaian

Aku kehilangan sahabat
keluarga
malah sebahagian lagi dari harapanku
di antara riuh rendah
peluru-peluru berpandu yang canggih
berpesta di bumi
tercinta
harga sebuah nyawa
hanya seperti debu
berterbangan.

Shuhaili Che Kob     Kampus Desa, Kok Lanas

No comments:

Post a Comment