Usahlah lagi berlindung
di sebalik sehelai tudung
kerana selama mana kau menyembunyikan pekung
orang tetap boleh meneropong
dosa-dosamu yang menggunung
bau hanyirnya tetap mengaung
dan kau tak dapat lagi berbohong
Sedarlah jika sekadar sehelai tudung
tak mungkin dapat melindung
kejelekan yang kau usung
kerana busuk baunya semakin mengapung
seluruh pelusuk kota dan kampong
Maka usahlah lagi berlindung
di sebalik sehelai tudung
Ehsan Jamily Tmn Desa Baru, Melaka