ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG SAYA.






Wednesday, April 14, 2010

POLITIK BELANTARA




harimau: sebelum engkau mati

tinggalkan buatku belangmu

dan sedikit wasiat

bagaimana mahu memerintah

sebuah belantara

di mana kezaliman dan kebiadaban

bermaharajalela

gajah: sebelum engkau mati

wariskan buatku gadingmu

dan sekelumit nasihat

bagaimana mahu berdiplomasi

dengan warga belantara

yang terkenal degil dan haloba

kancil : sebelum engkau mati
titipkan buatku ilmumu
dan secebis pedoman
bagaimana mahu meloloskan diri
dari ancamann dan cengkaman
politik belantara.

Wadi Leta SA
Dewan Sastera, April 1980



No comments:

Post a Comment