Airmata semalam
airmata dendam
yang mengalir
ke kuala ingatan
tanpa keliru
oleh sesekali ingatan
aku
anak yang kaudidik
dengan kekerasan dan kekejaman
diam-diam mengumpul dendam
dari penderitaan
kesakitan yang kauhadiahkan
setiap kata-katamu
tetap aku ingat
selamanya
Dengan airmata semalam yang tumpah itulah
kukumpul semangat
mula belajar dari rama-rama
tatkala melawan angin yang keras
kali ini aku dituntut
mendepani kesulitan
dengan suatu harapan
tak ingin memungut derita
membilang airmata.
Shuhaili Che Kob Segambut, Kuala Lumpur
Friday, February 19, 2010
PASIR-PASIR PUTIH DAN KEMANUSIAAN YANG HILANG (BERITA HARIAN 5/4/1991)
Rumah yang kaubakar
halaman yang kaumusnahkan
nyawa yang telah kaucabut
darah yang kaualirkan
ke laut Merah
adalah dendam
yang tak berkesudahan
Tiada siapa yang mahu mendengar
saat-saat itu suaraku
kecuali pasir-pasir putih memanjang
barangkali lebih memaklumi
dari manusia yang tiada kemanusiaannya
aku mahukan kedamaian
Aku kehilangan sahabat
keluarga
malah sebahagian lagi dari harapanku
di antara riuh rendah
peluru-peluru berpandu yang canggih
berpesta di bumi
tercinta
harga sebuah nyawa
hanya seperti debu
berterbangan.
Shuhaili Che Kob Kampus Desa, Kok Lanas
halaman yang kaumusnahkan
nyawa yang telah kaucabut
darah yang kaualirkan
ke laut Merah
adalah dendam
yang tak berkesudahan
Tiada siapa yang mahu mendengar
saat-saat itu suaraku
kecuali pasir-pasir putih memanjang
barangkali lebih memaklumi
dari manusia yang tiada kemanusiaannya
aku mahukan kedamaian
Aku kehilangan sahabat
keluarga
malah sebahagian lagi dari harapanku
di antara riuh rendah
peluru-peluru berpandu yang canggih
berpesta di bumi
tercinta
harga sebuah nyawa
hanya seperti debu
berterbangan.
Shuhaili Che Kob Kampus Desa, Kok Lanas
ANTARA HATIKU DAN HATIMU (BERITA HARIAN 11/1/1991
Hati lelakiku
biarpun keras
akan tewas
di depan airmata perempuan
persis kerak nasi
yang akan lembut
dibasahi air
Tetapi
hati perempuanmu
keras seperti batu
tidak mudah cair
seperti air batu itu
kitapun menjadi berlainan warna
aku di sini, kau di sana
Betullah,
antara hatimu
hatiku
kau langit
akulah bumi.
Shuhaili Che Kob Ketereh, Kelantan
biarpun keras
akan tewas
di depan airmata perempuan
persis kerak nasi
yang akan lembut
dibasahi air
Tetapi
hati perempuanmu
keras seperti batu
tidak mudah cair
seperti air batu itu
kitapun menjadi berlainan warna
aku di sini, kau di sana
Betullah,
antara hatimu
hatiku
kau langit
akulah bumi.
Shuhaili Che Kob Ketereh, Kelantan
RAMA-RAMA IMPIAN 11 (KHAS BUAT MISA AZWAN) BERITA HARIAN 21/12/90
Kata seorang kawan
seekor rama-rama
yang hinggap di pintu kamarnya
tandanya ada orang
akan datang meminang
ramalan itu
tidak menjanjikan apa-apa
dan kini
rama-rama itu
singgah pula
di kamar sepiku
bagai membawa pesan
membunuh musim-musim resah
penantiannu
Esok aku akan datang
melamarmu sebagai seorang sahabat
kalaupun tidak sebagai seorang kekasih
yang amat kautunggu.
Shuhaili Che Kob Machang, Kelantan
seekor rama-rama
yang hinggap di pintu kamarnya
tandanya ada orang
akan datang meminang
ramalan itu
tidak menjanjikan apa-apa
dan kini
rama-rama itu
singgah pula
di kamar sepiku
bagai membawa pesan
membunuh musim-musim resah
penantiannu
Esok aku akan datang
melamarmu sebagai seorang sahabat
kalaupun tidak sebagai seorang kekasih
yang amat kautunggu.
Shuhaili Che Kob Machang, Kelantan
Thursday, February 18, 2010
SAHABAT (BERITA HARIAN 12/10/90)
Jadikan hari ini
seperti air yang mengalir
walau lembut
tanpa putus
tapi mampu
melentur batu-batu pejal
di setiap halangan
dalam liku perjalanan
kekecewaan pertama ini
bukan penghalang
ternyata aku belum tewas
dan aku masih berdaya
untuk menentukan hari muka.
Shuhaili Che Kob Machang, Kelantan
seperti air yang mengalir
walau lembut
tanpa putus
tapi mampu
melentur batu-batu pejal
di setiap halangan
dalam liku perjalanan
kekecewaan pertama ini
bukan penghalang
ternyata aku belum tewas
dan aku masih berdaya
untuk menentukan hari muka.
Shuhaili Che Kob Machang, Kelantan
Tuesday, February 9, 2010
KEMALANGAN ITU
Tiada siapa tahu
di situ
di lebuhraya itu
riwayat manusia
akan berakhir
sebelum waktunya
Airmata dan darah
tumpah mencurah
tak pernah henti dan tiada sudah
keluarga dan sahabat taulan
mewarisi kepiluan
belai mesra
ayah bonda
telah padam
telah hilang
di situ
di lebuhraya itu
riwayat manusia
akan berakhir
sebelum waktunya
Airmata dan darah
tumpah mencurah
tak pernah henti dan tiada sudah
keluarga dan sahabat taulan
mewarisi kepiluan
belai mesra
ayah bonda
telah padam
telah hilang
SUARA SEORANG ISTERI
Dia
seorang isteri setia
tak izin ia
membahagi ranjang
membahagi malam
membahagi pinggan
membahagi tangga
Antara aku dan dia
katanya :
aku mentari
dia teriknya
aku lautan
dia gelombangnya
aku bukit
dia batunya
aku malam
dia gelapnya
antara aku dan dia
adalah
SATU
seorang isteri setia
tak izin ia
membahagi ranjang
membahagi malam
membahagi pinggan
membahagi tangga
Antara aku dan dia
katanya :
aku mentari
dia teriknya
aku lautan
dia gelombangnya
aku bukit
dia batunya
aku malam
dia gelapnya
antara aku dan dia
adalah
SATU
Subscribe to:
Posts (Atom)
