Dewasa sudah kita
kini segala rintangan itu
bukan lagi cabaran
kita tak boleh lagi
sekadar melihat saja
masa depan
kita kena lihat jauh melepasinya
kita tidak lagi boleh sekadar cuma merancang
malah kita kena lebih jauh lagi
melakukan persiapan untuk mendepani
setiap kemungkinan
di tahun baru nanti
kerana
cabaran
dugaaan
rintangan
bentuknya pasti jelas jauh berbeza
dengan tahun-tahun yang sudah
segalanya menghantar kebijaksanaan
untuk kita rentas zaman
dengan lebih dewasa
menjadikan kita bertambah matang
Ir. Shuhaili bin Che Kob (P.Eng, MIEM)
Thursday, December 30, 2010
Monday, November 15, 2010
Saturday, November 13, 2010
Wednesday, November 10, 2010
Aku dan Kau
Aku mengail ikan di pesisir kehidupan
kau mengail ikan di sungai
siang di laut malam
Aku mengail berumpan
pemikiran dan perasaan
kau mengail berumpan
makanan
Aku tahu di mana lubuk kemanusiaan
di mana terumbu rindu
kau tahu di mana lubuk
di mana terumbu ikan
Sesekali aku pulang membawa
tangkapan pengalaman
sesekali kau pulang membawa
tangkapan rezeki
Thursday, October 28, 2010
KEMBALIKAN
Kembalikan urusan makruf
ke rumah insan teguh
kembalikan urusan setia
ke rumah insan ingkar
tiupkan fikir sedar dalam tidur panjang bangsa
tiupkan niat sepakat
dalam hasad berabad
tanamkan perpaduan ummah ladang amanah
suburkan semangat kepimpinan pelabuhan ikhlas
gantikan lidah hina
imankan ajaran mulia
ubati pesakit bidaah
aminkan amal sunnah
SEMANGKUK DERITA- KHADIJAH HASHIM
Sesekali dihidangkan semangkuk derita
hirisan hati berkuahkan airmata
walau sukar ditelan
jua perencah biasa juadah musim duka
sengsara menghakis semangat kental
cuma yang berakal bangkit cengkal
baru diberi sedikit ketakutan
seluruh makhluk cemas
bertempiaran menggelepar
seperti ikan tercampak ke darat
setakat tsunami belum kiamat lagi
GURINDAM ANAK TERBUANG
Duhai ibu
pandang mataku
cium pipipku
susui daku
peluklah daku
belai manjalah daku
Duhai ayah
genggam tanganku
dengar tangisku
azankan daku
Ibu sambung nafasku
berilah daku mendoakan kamu
Ayah bantulah tubuhku
berilah daku
menyambung zuriatmu.
ANAK DUNIA- KHADIJAH HASHIM
Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan letupan yang dahsyat
langit merah yang terbakar
hujan peluru yang menderu
tangisan yang bergema bersama runtuhan batu
beratus tahun membina tamadun
sekelip mata menjadi debu
murahnya harga
setiap nyawa
Sunday, October 10, 2010
SAJAK RUMAH TERBUKA IDILFITRI
Di sini
di rumah terbuka idilfitri
kunjung-mengunjungi
ziarah-menziarahi
menjadi amalan tradisi
tempat melepas lelah
bimbang dan resah
membuang segala masalah
melempar debu-debu persoalan
meredakan segala kekusustan
kesibukan pejabat
Di sini
terpapar kesepakatan
terjalin kehidupan yang rukun
terpamer semangat kerjasama
tercerna pelbagai budaya
terpana bicara
melengkapi suasana
ramah mesra
unik dan pesona
memperagakan kemurnian nurani
indahnya tolenrasi
Di sini
bukan saja terhidang aneka juadah memikat selera
makan-makan dan sembang-sembang saja
di sini juga persahabatan bertambah karib
persaudaraan mengerat akrab
yang jauh terasa dekat
yang renggang terasa rapat
yang dekat kian erat
terserlah lambang kesatuan dan perpaduan
bertaut silaturahim sejati
menjalin ukhwah suci
Ambil peluang
rebut kesempatan
ruang terbentang
memohon kemaafan
kerana persaudaraan
seperti air dicincang
tak kan putus ia
selamanya.
Ir. Shuhaili bin Che Kob
Jalan Pekeliling, KL
di rumah terbuka idilfitri
kunjung-mengunjungi
ziarah-menziarahi
menjadi amalan tradisi
tempat melepas lelah
bimbang dan resah
membuang segala masalah
melempar debu-debu persoalan
meredakan segala kekusustan
kesibukan pejabat
Di sini
terpapar kesepakatan
terjalin kehidupan yang rukun
terpamer semangat kerjasama
tercerna pelbagai budaya
terpana bicara
melengkapi suasana
ramah mesra
unik dan pesona
memperagakan kemurnian nurani
indahnya tolenrasi
Di sini
bukan saja terhidang aneka juadah memikat selera
makan-makan dan sembang-sembang saja
di sini juga persahabatan bertambah karib
persaudaraan mengerat akrab
yang jauh terasa dekat
yang renggang terasa rapat
yang dekat kian erat
terserlah lambang kesatuan dan perpaduan
bertaut silaturahim sejati
menjalin ukhwah suci
Ambil peluang
rebut kesempatan
ruang terbentang
memohon kemaafan
kerana persaudaraan
seperti air dicincang
tak kan putus ia
selamanya.
Ir. Shuhaili bin Che Kob
Jalan Pekeliling, KL
Friday, October 8, 2010
Tuesday, May 11, 2010
GURINDAM MARHEAN
Jikalau tuan malas ke kebun
bagaimana tanaman akan merimbun
ke sungai ke laut tuan tak mahu
mustahil ikan melompat ke perahu
hendak ke sawah kepala pening
takkan padi tumbuh menguning
jikalau pohonnya segan nak toreh
susu getah tak akan meleleh
kebun kelapa semak terabai
habis buahnya kering dan kotai
di dusun menjalar rumput dan semak
di situ ular beranakpinak
berhari-hari tak jengok bendang
bagaimana isteri tak naik radang
tanah yang ada malas dikerjakan
sampai bila-bila susah cari makan
bercucuk tanam wajah tak ceria
berangan nak jadi usahawan segera
orang galak berkebun sayur
awak terlalak menjaja liur
di belakang rumah kolam terbentang
eloklah ternak ikan dan udang
melangut di warung tanggungjawab dialpa
perut berkeroncong nak suap apa
leka bersembang mengukit sentiasa
masa terbuang tercalit dosa
jikalau melebihkan suka dan tidur
orang ke hadapan kita mundur
negara hebat buminya subur
paculah kudrat pasti makmur
Mohd Kasim Mahmud
PPJ Kota Tinggi.
KUDA TUA
dia tetap bernama kuda
meskipun telah tua
kini hidupnya jauh
dari padang lumba
sesekali dia terkenang
pada hari-hari mudanya
pada detik-detik kemenangannya
dia disayangi oleh pemiliknya
dikagumi oleh peminatnya
dialah juara di padang lumba
juara di hati semua
kini dia sudah tua
hidupnya terpisah dari padang lumba
tidak lagi dikagumi sebagai juara
dan dirinya tidak lagi dipuja
Wadi Leta SA
Utusan Zaman, 25 Disember 1988
Friday, April 23, 2010
USAHLAH LAGI BERLINDUNG
Usahlah lagi berlindung
di sebalik sehelai tudung
kerana selama mana kau menyembunyikan pekung
orang tetap boleh meneropong
dosa-dosamu yang menggunung
bau hanyirnya tetap mengaung
dan kau tak dapat lagi berbohong
Sedarlah jika sekadar sehelai tudung
tak mungkin dapat melindung
kejelekan yang kau usung
kerana busuk baunya semakin mengapung
seluruh pelusuk kota dan kampong
Maka usahlah lagi berlindung
di sebalik sehelai tudung
Ehsan Jamily Tmn Desa Baru, Melaka
Wednesday, April 14, 2010
PENGALAMAN- WADI LETA SA
PENGALAMAN
kukenal putih
setelah kukenal hitam
kukenal jernih
setelah kukenal keruh
kusaring warna-warna kehidupan
dari sekian banyak pengalaman
yang terapung di kolam diri
yang tersusun di atas rak peribadi
menjadikan aku seorang pentafsir yang peka
pada setiap denyut mimpi
dan degup realiti
pada setiap kilau sinar
dan silau refleksi
Wadi Leta S.A.
Utusan Zaman, 1 Februari 1987
DENDAM
Selagi kail, jala dan pukat
masih wujud
selagi itulah dendam ikan
tidak akan lenyap
tidak akan padam
disebabkan kail, jala dan pukat
ikan terpisah
dari sungai dan laut
tempat ia menikmati
kebebasan hidup
disebabkan kail, jala dan pukatlah
ikan terperangkap
tanpa sempat untuk menyelinap
di celah batu karang
atau di lubuk gelap
pada kail, jala dan pukat
adalah dendam zaman berzaman
entah bila akan lenyap
enntah bila akan padam.
Wadi Leta SA
masih wujud
selagi itulah dendam ikan
tidak akan lenyap
tidak akan padam
disebabkan kail, jala dan pukat
ikan terpisah
dari sungai dan laut
tempat ia menikmati
kebebasan hidup
disebabkan kail, jala dan pukatlah
ikan terperangkap
tanpa sempat untuk menyelinap
di celah batu karang
atau di lubuk gelap
pada kail, jala dan pukat
adalah dendam zaman berzaman
entah bila akan lenyap
enntah bila akan padam.
Wadi Leta SA
Utusan Zaman, 3 Julai 1988
POLITIK BELANTARA
harimau: sebelum engkau mati
tinggalkan buatku belangmu
dan sedikit wasiat
bagaimana mahu memerintah
sebuah belantara
di mana kezaliman dan kebiadaban
bermaharajalela
gajah: sebelum engkau mati
wariskan buatku gadingmu
dan sekelumit nasihat
bagaimana mahu berdiplomasi
dengan warga belantara
yang terkenal degil dan haloba
kancil : sebelum engkau mati
titipkan buatku ilmumu
dan secebis pedoman
bagaimana mahu meloloskan diri
dari ancamann dan cengkaman
politik belantara.
Wadi Leta SA
Dewan Sastera, April 1980
kancil : sebelum engkau mati
titipkan buatku ilmumu
dan secebis pedoman
bagaimana mahu meloloskan diri
dari ancamann dan cengkaman
politik belantara.
Wadi Leta SA
Dewan Sastera, April 1980
SAMBIL MENUNGGU TUA
SAMBIL MENUNGGU TUA
Sambil menunggu tua
di beranda ini
aku duduk membaca
umurku yang lepas
sambil mencari-cari
di manakah ia bersembunyi.
SESUDAH BERTAHUN-TAHUN
Sesudah bertahun-tahun
mengembara
meninggalkan asal
aku ingin kembali
pada muda
pada diriku yang dulu putih
Wan A. Rafar
1980
Sunday, March 7, 2010
Anai-anai
Dengan gigi kecil
dan kaki sabar
anai-anai mengangkut debu-debu tanah
menghimpun dan membina sebuah istana
keras dan teguh
Tiba-tiba
istana itu diruntuhkan
dengan bahasa muafakat
dan kegigihan kerajinan
anai-anai tidak pernah mengaku kalah
dibinanya semula istana
lebih indah dan gagah
alangkah baiknya
jika waja itu berada dalam jiwa kita
PADAMKAN API PERSELISIHAN
Jangan biarkan ia
terus menyala dan membakar
pohon-pohon persaudaraan
yang tegak berdiri sejak berzaman
subur merimbun di taman kehidupan
lenturkan kehangatannya
dengan jirusan kata bicara ramah
bermakna
ikhlas mengalir dari kolamhati
penuh keinsafan kemanusiaan
pengertian dan kasih sayang
mendalam
Padamkan api itu
usahlah lagi meniup fitnah
yang meranapkan kepercayaan
meruntuhkan tembok kebenaran
segeralah kembali bersatu
jalinkan kasih erat
sebelum kehancuran
sebelum damai
dijemput pulang
SELEPAS BANJIR - Mohd Kassim Mahmud, kota Tinggi, Johor
Buih sengsara
masih berapungan
di laut hidup
Awan duka
masih bertebaran
di atmosfera ketentuan
Sampah derita
masih merayap
di halaman pertimbangan
Peta kewarasan
masih berlumpur
di kamar keliru
Airmata pedih
masih menitis
di tikar harapan
Hanya pohon iman
tak tersungkur
di alur takdir.
Subscribe to:
Posts (Atom)